manakala | pd waktu atau pd ketika tertentu; apabila: ~ bertemu, kami berpeluk-pelukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
manakala | 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedapatan | didapati, dijumpai, diketahui: manakala ia balik, ~ rumahnya sunyi; apabila kerjanya itu hendak dipangku oleh orang lain, ~ kira-kira wangnya terkurang sebanyak dua puluh ringgit; muka berpandangan, budi ~, kasih bagai lama juga prb anggapan (perasaan) yg tidak berubah kpd seseorang walaupun ia berlaku serong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membonjol | menyerupai bonjol: bibirnya ~ manakala suntil itu disematkan lebih kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bonjol | bonggol, bengkak;membonjol menyerupai bonjol: bibirnya ~manakala suntil itu disematkan lebih kukuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minyak benzin | 1. petrol: derum enjin kereta memekakkan telinga manakala bau ~ pula mengganggu hidung; 2. sj minyak tanah: minyak ~ lampu gasolin itu yg mengalir keluar dan tumpah ke atas permaidani di bawahnya, dijilat api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
benzin | (bénzin) 1. petrol: derum enjin kereta memekakkan telinga manakala bau ~ pula mengganggu hidung; 2. sj minyak tanah: minyak ~ lampu gasolin itu yg mengalir keluar dan tumpah ke atas permaidani di bawahnya, dijilat api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselindung | tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertama | 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mulamula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
irasan | seni batik kain yg dijadikan dasar tekatan atau sulaman (kain baldu utk tekatan manakala kain kapas, kasa, sutera utk sulaman). | Kamus Dewan Edisi Keempat |