Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera indica dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ibu kunci, pedal ayam; bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu; memangga mengenakan ibu kunci, mengunĀ­ci: ia sedang ~ pintu biliknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; sakit ~ bengkak (yg biasanya berĀ­nanah) pd celah kelangkang, buah kelenjar yg bengkak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn buah pauh); mempelam, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ibu kunci yg disangkutkan pd pintu dll; pedal ayam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mangga (kata nama)
Bersinonim dengan mempelam, pauh, kuini.,

Puisi
 

Putik pauh tangkainya mangga,
     Disambar buaya sambil berenang;
Sudah jauh dipandang mata,
     Hati mana dapat tak senang.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk ayat-ayat yang berikut, adakah penggunaan kata sendi betul? (a) Bapa memperoleh buah mangga daripada pokok mangga. (b) Bapa memperoleh buah mangga dari pokok mangga yang terdapat di belakang rumah.Kata sendi yang betul adalah "daripada" kerana pokok mangga dalam konteks ayat tersebut merupakan sumber, bukannya tempat atau arah.

Bapa memperoleh buah mangga daripada pokok mangga.

Tatabahasa15.11.2015
assalamualaikum saya ingin bertanya manakah yang betul sama ada mangga kunci atau kunci mangga.

Frasa yang betul ialah kunci mangga. Harap maklum.

Tatabahasa15.07.2008
Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu kata nama am dan satu kata nama khas seperti "badak sumatera" dan "mangga siam" perlu ditulis dalam bentuk "badak Sumatera" atau "badak sumatera", "mangga siam" atau "mangga Siam"?Dalam Kamus Dewan badak sumatera dieja dengan huruf kecil sama seperti dengan binatang yang lain seperti lembu dan kucing. Begitulah juga dengan ejaan mangga siam.Ejaan10.01.2013
Penjodoh Bilangan "biji" and "buah". Yang manakah lebih sesuai - biji mangga atau buah mangga?Menurut Kamus Dewan, biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian manakala buah pula merupakan penjodoh bilangan utk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah rumah atau beberapa buah kerusi. Jawapan yang betul ialah biji.Tatabahasa13.04.2012
Salam sejahtera; Tuan, Ayat-ayat yang berikut yang mana satu lebih tepat? 1. Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. 2. Pak Samad mengait buah manngis dan mangga. Minta pihak Tuan berikan penjelasan tentang jawaban tersebut. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran kata kerja yang sama, iaitu mengait.Tatabahasa02.09.2013
Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah/adalah RM4.50.Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50.Tatabahasa30.04.2013
Buah mangga mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Tuan, betulkah ayat di atas ini? bolehkah perkataan mempunyai dan kandungan digunakan bersama-sama?Kami cadangkan ayat tersebut diubah menjadi buah mangga mengandungivitamin C yang tinggi.Tatabahasa26.04.2013
Apa adjectif yang sesuai untuk menerangkan pisang muda dan mangga muda?
Menurut data kami, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama (seperti besar, tinggi, merah, muda, tua); kata sifat. Sehubungan dengan itu, frasa pisang muda dan mangga muda adalah betul.
Tatabahasa22.05.2018
Mangga harumanis yang dipetik oleh abang itu rasanya manis. Adakah betul ejaan harumanis? Apakah ejaan yang sebetulnya sekiranya ejaan tersebut salah?Minta penjelasan pihak dbp. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah harum manis. Contoh ayat: Harga untuk sekilogram buah mangga Harum Manis ini ialah RM4.50Ejaan20.05.2020
"Selain untuk pasaran tempatan, mangga Harum Manis ini juga dieksport ke luar negara," kata pengurus ladang itu. Betulkah ayat ini?Penggunaan tatabahasa dalam ayat betul.Tatabahasa29.04.2013
123

Kembali ke atas