[man.suh] | منسوخ
Definisi : tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus; memansuhkan menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; pemansuhan perbuatan (tindakan dsb) memansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ pe-periksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[man.suh] | منسوخ
Definisi : tidak berlaku lagi; batal. memansuhkan menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. pemansuhan perihal (perbuatan) memansuhkan: ~ jawatan itu tidak disetujui oleh ahli-ahli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)