Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ruah] | مرواه

Definisi : Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kera-jaan dlm mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ruah] | مرواه

Definisi : kehormatan atau harga diri (seseorang); nama baik: Kita mestilah menjaga ~ diri dan ~ bangsa kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maruah (kata nama)
Bersinonim dengan kehormatan, harga diri, nama baik, reputasi, akhlak.,

Peribahasa

472

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Jaras dikatakan(katanya) raga jarang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Jaras dikatakan(katanya) raga jarang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
Cikgu, "memuliakan maruah diri" atau "memulia maruah diri"? Kata dasar "mulia" patut menerima awalan meN- atau menerima apitan meN-...-kan?Pembentukan kata yang betul ialah "memuliakan", sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat pembentukan kata yang betul daripada akar kata.Tatabahasa13.05.2014
Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"?Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. Makna02.05.2008
Mohd Aizie Shauqi THURS 17:48 Mohd Aizie Shauqi Mohd Assalam..sy mencari novel harga sebuah maruah karya azizi hj abdullah? Masih di jual ke?Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain06.10.2016
Salam sejahtera tuan/puan, saya ingin minta bantuan pihak tuan/puan untuk menyemak terjemahan berikut; 1. The flag of thought leads the way : Gagasan pemikiran/ideologi menerajui hala tuju @ Gagasan pemikiran/ideologi memacu hala tuju @ Bendera pemikiran/ideologi menerajui hala tuju 2. Guiding position of thought on socialism : Kedudukan panduan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan pimpinan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme @ Kedudukan bimbingan ideologi/fahaman/pemikiran sosialisme 3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era : Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu 4. Party's guiding ideology : Ideologi panduan/bimbingan parti 5. common will of the whole society : Hasrat Bersama seluruh masyarakat 6. ideological banner of the Party : sepanduk ideologi Parti 7. faith in socialism : kepercayaan/keyakinan dalam sosialisme 8. political soul : semangat politik @ maruah politik @ jiwa politik 9. spiritual pillar : pendorong semangat Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. The flag of thought leads the way: Gagasan pemikiran/ideologi/fahaman menerajui/memacu/memandu hala tuju

2. Guiding position of thought on socialism: Kedudukan panduan/bimbingan/ideologi/fahaman pemikiran sosialisme

3. Thought on Socialism with Chinese Characteristics for a New Era: Ideologi/pemikiran/fahaman sosialisme yang bercirikan China pada era baharu

4. Party's guiding ideology: Ideologi panduan/bimbingan parti

5. common will of the whole society: Hasrat bersama seluruh masyarakat

6. ideological banner of the party: Lambang/isi utama ideologi parti

7. faith in socialism: kepercayaan/keyakinan pada sosialisme

8. political soul: semangat/maruah/jiwa politik

9. spiritual pillar: asas/tonggak rohani/semangat

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna21.02.2022
As salam tuan dan cik di talian, Berdasarkan rangkap sajak di bawah( Sajak Kunci Bahasa, antologi komsas BM Tg 1 kegunaan 2015 bertajuk Kuingin Berterima Kasih) Bahasa bermaruah tidak berbilur bahasa di lidah bolehkah kalau maksud sajak ini ditulis Bahasa yang bersopan, akan meninggalkan kesan kepada pendengarnya. Sekian, terima kasih.Pada pandangan kami, rangkap sajak ini membawa maksud menggunakan bahasa yang indah, tidak menjatuhkan maruah dan menyakiti orang, sebaliknya bahasa yang bersopan dapat meninggalkan kesan positif kepada pendengar.Lain-lain26.11.2014
1. apakah makna digniti? bolehkah pihak tuan memberi definisi yang tepat untuk perkataan tersebut? 2. adakah perkataan diskusi diterima dalam bahasa melayu? 3. bagaimanakah bentuk penulisan kata majmuk apabila digabungkan dengan kata terbitan? bolehkah pihak tuan memberikan beberapa contoh penulisan tersebut?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, digniti bermaksud 1. sifat yg mulia, kemuliaan, kebesaran: mereka menganggap kerja mereka sbg satu profesion yg mempunyai maruah dan ~ tersendiri; 2. kedudukan (gelaran, pangkat, dll) yg tinggi: sudah sampai masanya dunia filem tanah air diberi ~ tersendiri.

2. Perkataan diskusi diterima pakai dalam bahasa Melayu.

3. Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Contohnya campur aduk -> mencampuradukkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75.

Istilah14.10.2009
Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan.

1.     "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu.

 2.     "menjanakan" pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 

3.     Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.  Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih.    

 

Makna25.06.2008

Kembali ke atas