Kurik Kundi Merah Saga | Kalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang emas luruh digoyang, Dijolokdengan ranting habu; Adik emas saya loyang, Masakan mahu berkinca bahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak belah pecah seratus, Nampak berbalam di hutan lipur, Demi Allah sumpah putus, Sudah digenggam masakan lebur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |