Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tempat air terbit dr tanah; b) bp keka¬≠sih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Dua kali ke Pulau Pinang,
     Air laut pasang tenangan;
Dua kali abang terkenang,
     Air mata jatuh berlinangan.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Air mata jatuh ke dalam.

Bermaksud :

Berdukacita dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dari Jejawi ke Kubang Gajah, Jangan simpang ke Mata Air; Mungkir janji bukan mudah, Bagai pemotong belum dibayar.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua kali ke Pulau Pinang, Air laut pasang tenangan; Dua kali abang terkenang, Air mata jatuh berlinangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang mudik ke hulu, Sayang bertambur di atas getah; Bila terkenang zaman dahulu, Rasa berhambur si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Putik nangka jangan dipindang, Kalau dipindang menjadi punai; Air mata jangan diladung, Kalau diladung menganak sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau bergenta berdering-dering, Naik bendik kuda Paloyang; Air mata giring-gemiring, Pabila kan sampai kasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik anak angsa, Atas tepung atas peti; Bertitis air mata, Orang kampung habis benci.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Terbang tempua melayang-layang, Dari sawah ke Kampung Pandan; Air mata di pipi berlinang, Ke mari sayang saya usapkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas