Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : permatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor ikanpalma yg tumbuh sehingga kira-kira 20 m, berdaun spt ekor ikan, berbuah kecil, bergugus, berjuntai, berwarna merah apb matang, gatal dan beracun. Palma ini banyak terdapat di hutan yg pernah diteroka, dan juga ditanam sbg hiasanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas