Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : permatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mendapati perkataan "masak" bersinonim dengan "matang", jadi boleh puan jelaskan dengan selanjutnya perbezaan antara dua perkataan ini ? "Buah-buahan masak" atau "Buahan-buahan matang."? Terima kasih puan.

Salam sejahtera,

Frasa yang betul ialah 'buah-buahan yang masak' atau 'buah-buahan yang matang'


Sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat saudara akan dapat melihat perbezaanya.

Untuk memudahkan saudara, saudara boleh layari laman web http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan perkataan masak atau matang di kotak cari untuk mengetahui perbezaan di antara kedua-dua perkataan tersebut.

Tatabahasa07.11.2012
Apa makna perkataan "matang"Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, matang bermaksud 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll);Makna01.09.2010
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan.Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut.Makna13.05.2009
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang tidak sesuai dalam ayat tersebut dan apakah pengganti bagi perkataan tersebut?Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut. Tatabahasa20.03.2011
Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya dera kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. Apakah perkataan yang salah terdapat di atas dan mengapakah perkataan tesebut salah?Anak-anak yang degil perlu diberikan bimbingan bukannya deraan kerana mereka masih belum matang dari segi pemikiran. bimbingan, deraan kata terbitan yang setara dalam ayat tersebut Tatabahasa17.03.2011
nak tahu maksud sawo matangMaksudnya buah ciku masak, selalunya merujuk pada warna kulit iaitu warna coklat kemerah-merahan iaitu warna buah ciku masak.Makna03.11.2006
Apakah maksud bagi istilah penuaan dan kerja sosial pribumiPenuaan bermaksud (1) Proses menjadi tua atau matang. (FARM). Istilah lama:menua, pemeraman, penentuan usia, keumuran. Kerja sosial pribumi mungkin bermaksud kerja kebajikan kepada masyarakat setempat.Lain-lain09.09.2007
ia digunakan untuk sari kata rancangan.Ayat sebelum menerangkan tentang rancangan tersebut,sbg cth: Rancangan ini mengandungi perkataan yang mungkin menyinggung dan untuk tontonan penonton matang. Budi bicara adalah dinasihatkan."Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Namun penggunaan yang gramatis "ia" digunakan bagi kata ganti nama diri manusia.Tatabahasa26.08.2013
apakah maksud istilah penuaan dan kerja sosial pribumi dan contoh penggunaan bagi kedua-dua istilah tersebut di Malaysia?Penuaan bermaksud (1) Proses menjadi tua atau matang. (FARM). Istilah lama:menua, pemeraman, penentuan usia, keumuran. Kerja sosial pribumi mungkin bermaksud kerja kebajikan kepadaLain-lain09.09.2007
Soalan 1 a. ahli bulan sabit merah @ b. ahli Bulan Sabit Merah Soalan 2 a. Rama-rama hinggap pada bunga. @ b. Rama-rama hinggap di bunga. Soalan 3 a. sayur-sayuran sudah masak @ b. sayur-sayuran sudah matang Soalan 4 a. mencari kayu api di hutan @ b. mencari kayu api di dalam hutan TQJawapan yang betul ialah 1. b. ahli Bulan Sabit Merah. 2. a. Rama-rama hinggap pada bunga. 3. a. sayur-sayuran sudah masak. 4. b. mencari kayu api di dalam hutan.Lain-lain07.10.2010
12

Kembali ke atas