Apakah bidang tugas DBP yang sebenarnya ? Adakah sekadar menerbitkan buku-buku atau menyemarakkan minat orang awam terhadap Sastera ? | Untuk makluman puan, terdapat 6 matlamat utama penubuhan DBP, matlamat-matlamat tersebut ialah: 1) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi 2) Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan 3) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain 4) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan 5) Menggalakkan peggunaan bahasa kebangsaan yang betul 6) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa. Untuk mengetahui dgn. lebih lanjut sila rujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 01.03.2009 |
apakah maksud matlamat dan objektif | Matlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai.Objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai; matlamat; tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.07.2009 |
definisi matlamat | Matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai. | Makna | 11.07.2009 |
apakah perbezaan istilah matlamat dengan objektif? | Matlamat dan objektif mempunyai makna yang sama, iaitu sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai. | Makna | 20.01.2010 |
ASSALAMUALAIKUM. APAKAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF TENTANG PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN KITA? | Puan Rozaidah. Untuk mendapatkan jawapan secara panjang lebar , sila lihat majalah DBP yang banyak memperkatakannya terutama pada keluaran yang lepas. | Lain-lain | 11.10.2010 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya. 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan | Tatabahasa | 18.11.2015 |
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. | Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030". | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Minta jasa baik anda untuk mengubah perkataan ini kepada istilah Bahasa Melayu: 1. "Learning Goal" 2. "Mastery Goal" 3. "Performance Approach Goal" 4. "Performance Avoidance Goal" | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Learning Goal - Matlamat Pembelajaran 2. Mastery Goal - Matlamat Penguasaan 3. Performance Approach Goal - Matlamat Pendekatan Prestasi 4. Performance Avoidance Goal - Matlamat Pengelakan Prestasi | Istilah | 12.12.2015 |
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka. | Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka. | Tatabahasa | 14.09.2011 |