Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.triks] | ماتريک س

Definisi : persekitaran atau konteks tempat se­suatu (masyarakat, organisma, fahaman, dsb) berkembang: saya sendiri menyarankan sintesis yg bersifat rasional analitis dlm suatu ~ falsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.triks] | ماتريک س

Definisi : ist susunan nombor yg tertib: ~ baris matriks yg mempunyai satu baris (ke bawah); ~ deret matriks yg mempunyai satu deret (melintang); ~ persegi matriks yg mempunyai bilangan baris dan deret yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matriks


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa.Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks.  Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks.Istilah23.09.2014
matriks -kerja berpasukan cara kerjacara kerja secara matriks (bersilang/fungsi yang sama)Istilah13.03.2012
Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic?
Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan02.08.2021
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227

Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato':
YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan,

No. 13, Jalan Pekaka 8/10,

Kota Damansara,

47830 Petaling Jaya.
Lain-lain27.09.2014

Kembali ke atas