Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maung] | ماءوڠ

Definisi : rasa atau bau yg memualkan; pahit ~ a) sangat pahit; b) ki berbagai-bagai kesusahan (penderitaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maung] | ماءوڠ

Definisi : (Sunda) harimau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maung] | ماءوڠ

Definisi : bau atau rasa yg memualkan. pahit ~ a. rasa yg pahit sekali. b. ki segala macam kesusahan dan penderitaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maung

Peribahasa

Lemak manis pada dialah,
     pahit maung pada orang.

Bermaksud :

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah pahit maung merupakan kata ganda atau kata majmuk?Pahit maung ialah kata majmuk.Tatabahasa04.01.2014
Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar?Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan.Tatabahasa22.07.2011
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016

Kembali ke atas