Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.kar] | مکر

Definisi : = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengem­bangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.kar] | مکر

Definisi : = memekar 1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mekar (kata kerja)
Bersinonim dengan kembang, mengekar, membengkar, terbuka, melar;,

Puisi
 

Sungai Singapura tanah malia,
     Daun mekar dilayang angin;
Pura-pura melihat saya,
     Ekor mata pandai bermain.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MEKAR DELIMA ENTERPRISEUntuk Khidmat Pengesahan Bahasa, sila ke e-perkhidmatan dan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2014
mekar berkembangan. Adakah dua perkataan ini boleh disatukan dalam satu ayat?
Salam sejahtera,

Mekar membawa maksud mulai berkembang atau berkembang dan menjadi banyak. Oleh itu, penggunaan mekar berkembangan tidak boleh digunakan dalam ayat kerana berlaku pengulangan maksud yang sama.

Sekian, terima kasih.
Makna20.12.2019
Saya ingin tanya tentang penggunan kata layu dan mekar. Soalan pokok bunga itu sudah layu. Apa lawan yang paling tepat untuk kata layu dalam ayat tersebut.jawapan yang diberi mekar. Pilihan jawapan lain segar. Mana satu lebih tepat. Harap tuan dapat bantu sayaPerkataan mekar digunakan khusus untuk bunga, manakala layu boleh digunakan untuk bunga, daun dan sebagainya. Oleh itu, ayat "pokok bunga itu sudah layu" betul. Kata lawan layu ialah segar.Tatabahasa08.05.2013
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ).Jawapan 1:
B. kuncup

Jawapan 2:
D. likat

Jawapan 3:
A. tepi
Tatabahasa12.03.2013
Tuan/Puan, Merujuk kepada Soalan 1 (tarikh soalan 12/03/2013) yang telah diberi jawapan sebagai B. kuncup. Amat dihargai jika tuan/puan boleh menerangkan lebih lanjut bagaimana jawapan itu diperoleh kerana menurut pihak penyedia soalan masih tetap dengan jawapan (D. layu) selepas menyemak kamus DBP. Saya ulangi soalan tersebut seperti di bawah:- Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik C. kembang B. kuncup D. layuMekar bermaksud mulai berkembang. Pada pandangan kami, kata lawan bagi mekar ialah kuncup yang didefinisikan dalam Kamus Dewan sebagai tidak mekar.Tatabahasa14.03.2013
perkataan fungsi, guna, mekar, sakit dan implimentasi tidak dijumpai dalam kamus dbp online Mohd Zaidi UM 0196341536 zaidium82@gmail.com

Makna perkataan-perkataan yang dinyatakan terdapat dalam Pusat Rujukan  Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan taip perkataan yang hendak dicari.

Lain-lain19.08.2021
Saya terbaca di dalam buku teks Bahasa Melayu "Mekar" terbitan Kementerian Pendidikan Singapura mengenai ayat yang bertulis "Buku itu saya baca" Ada ibu bapa yang mengatakan ayat itu songsang.Sepatutnya, "Saya baca buku itu." Harap pihak tuan dapat jelaskan tentang kedudukan ayat tersebut. Sekian. Terima kasihDalam buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ayat Buku itu saya baca menjadi contoh ayat pasif yang terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif Saya baca buku itu, sila rujuk halaman 484.Tatabahasa03.02.2010
Adakah ayat yang mengandungi "yang" dikatakan ayat majmuk? Contoh: Mereka melihat kelopak bunga raya yang sedang mekar. Terima kasih.Ya betul.Tatabahasa13.08.2014
Salam, saya nak buat pendaftaran utk dptkan kelulusan utk menggunakan papan tanda untuk gerai makanan kami di Pusat Penjaja Mekar Sari....mcmana caranya?? Boleh saya dptkan pencerahan?Sila layarai laman dbpsahbahasa.my untuk memohon pengesahan bahasa papan iklan.  Tuan boleh mengikut panduan yang diberikan.  Terima kasih.Lain-lain02.12.2020
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang bermacam-macam ragam. 2. Hadiah itu tidak untuk Hidayah tetapi untuk adiknya. 3. Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.

Ayat 1 dan 3: “Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang (bermacam/bermacam-macam) ragam.”  dan “Bunga/Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.” betul tetapi terdapat penggunaan kata ganda yang lewah kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak.

Ayat 2 “tidak” diganti dengan “bukan” - “Hadiah itu bukan untuk Hidayah tetapi untuk adiknya.”(Kata nafi “bukan’ berfungsi untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala kata nafi “tidak” untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.)

 

Tatabahasa12.08.2020
12

Kembali ke atas