Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la/.sa.na.kan] | ملقساناکن

Definisi : 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), me­ngerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la/.sa.na.kan] | ملقساناکن

Definisi : 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang melaksanakan tugasan projek akhir tahun saya yang memerlukan database Kamus Dewan Bahasa edisi ke 4. Sebahagian dari fungsi projek saya adalah untuk membolehkan pengguna melihat maksud perkataan yang sama dengan maksud di dalam kamus tersebut. Bolehkah saya mendapatkan akses kepada database Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 4. Sekiranya boleh, bagaimana untuk saya mendapatkannya? Terima kasih.

Untuk makluman, pihak kami tidak menyediakan akses bagi pangkalan data (database) Kamus Dewan Edisi k-4 untuk paparan umum. Untuk melihat maksud perkataan, pengguna boleh melayari laman web kami, iaitu https://prpm.dbp.gov.my/ Dalam laman web yang sama juga data korpus DBP boleh diakses oleh pengguna untuk rujukan.

Lain-lain05.08.2020
a) 'Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan' b) 'Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan' Mana satukah ayat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan lebih sesuai digunakan sebagai tajuk? Diharap pihak DBP dapat mencadangkan tajuk yang sesuai dan tiada kesalahan tatabahasa. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan."  Tatabahasa25.11.2010
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud

mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. 

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya.

Makna12.12.2018
perlaksanaanTidak ada soalan yang dikemukakan. Jika makna yang tuan perlukan, perlakanaan bermaksud hasil melaksanakan, namun perkataan yang lebih kerap digunakan ialah pelaksanaan yang bemaksud perihal melaksanakan.Lain-lain19.06.2013
pelaksanaan atau perlaksanaanUntuk makluman,

Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya).

Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dan sebagainya).
Tatabahasa14.03.2017
Penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan. Apa bezanya?

Perkataan perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Perdana Menteri meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga.

Perkataan pelaksanaan bermaksud  proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.

Terima kasih.

Makna06.06.2017
Apakah penggunaan kata ganti nama diri antara perbualan laksamana dengan temenggung. Contohnya: Terima kasih, Dato Temenggung. (Hamba/ Patik) hanya melaksanakan perintah sultan. Balasan tuan amat dikasihi. Terima kasih.Terima kasih, Dato Temenggung. Hamba hanya melaksanakan perintah sultan.Tatabahasa09.07.2015
Pohon jelaskan berkenaan penggunaan 'kan' selepas sesuatu kata kerja contohnya: menyedia/menyediakan; mengada/mengadakan; melaksana/melaksanakan. Pada perkataaan yang bagaimana perkataan 'kan' tidak boleh digunakan?

Saudara Norzila,

Perkataan yang betul ialah menyediakan, mengadakan dan melaksanakan.  Kata kerja sedia, ada dan laksana yang terbentuk dengan apitan meN...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.  Pada kebiasaannyan kata kerja transitif mendapat apitan men...kan. Walau bagaimanpun bukan semua kata kerja transitif mengandungi ...kan. Ini bergantung pada penggunaan kata tersebut dalam konteks ayat yang melibatkan objek, sama ada objek tepat atau objek sipi. Contohnya, Hasnah membeli sebuah buku untuk Ali; Kakak menjahit sehelai baju untuk adik.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 190-197.  

Tatabahasa09.07.2009
Adakah tepat penggunaan frasa saya yang menjalankan amanah, berbanding memikul atau melaksanakan amanah?Frasa saya yang menjalankan tugas( yang diamanahkan... ) juga membawa maksud yang sama iaitu saya yang menunaikan amanah atau saya yang memikul amanah. Menjalankan sama maksud dengan melaksanakan.  Oleh itu, saya yang menjalankan amanah boleh digunakan.Makna21.09.2018
Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih.Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya).
Contoh penggunaan:
(1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan.
(2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
Makna26.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas