Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gan] | ملڠݢن

Definisi : membeli secara tetap (surat khabar, majalah, dll): boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gan] | ملڠݢن

Definisi : 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum...Saya ingin melanggan Majalah Dewan Siswa. 1. Bagaimana prosedur langanan sekiranya saya ingin melanggan bagi pihak pelajar ? Seramai hampir 30 pelajar yang dah membayar duit kepada saya untuk melanggan selama setahun. 2. Saya ada mendengar bahawa majalah dewan siswa sukar diperoleh dan lambat penghantarannya kepada pelanggan ? adakah benar ? 3. Kadang kala saya ingin membeli di kedai buku, namun sukar diperoleh. 4. saya tinggal di parit raja, batu pahat, johor. ada atau tidak pengedar majalah dewan daripada DBP di kawasan tersebut. kalau ada, saya mahu alamat agar mudah memperoleh bahan tersebut. Sekian, terima kasih. Nizam Guru bahasa melayu SMV Batu Pahat, JohorUntuk melanggan majalah Dewan Siswa, Sdr boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain08.05.2012
Saya telah melanggan pembelian majalah bermula dari bulan Januari 2023. Sy telah menerima majalah dari pihak BDP secara pos setiap bulan. Tapi pada bulan Jun, sy belum menerima majalah.Mohon maaf atas kelewatan membalas pertanyaan saudara. Adakah saudara teleh menerima majalah tersebut? Sekiranya ya, kami mohon maaf atas kelewatan dan sekiranya tidak, mohon saudara memberikan maklumat lanjut pembelian melalui e-mel ini.Lain-lain10.06.2023
Saya telah melanggan majalah dewan bahasa dan pelita bahasa namun dari bulan april hingga sekarang saya masih tidak mendapat langgan sedangkan saya telah membayar.Harap mendapat tindakan selanjutnya dari pihak tuan puan.Perkara ini telah dipanjangkan kepada Koperasi DBP Sdn Bhd. Sdr boleh berhubung dengan pegawai yang berkenaan, Encik Mohd Isa  bin Khamis, di talian 012-3219456.Lain-lain19.06.2012
Bagaimana cara sekolah berminat melanggan majalah Dewan Pelajar?Untuk melanggan majalah Dewan Pelajar, tuan boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain23.08.2013
Assalamualaikum. Saya ingin melanggan majalah pelita bahasa. Bagaimana caranya dan berapa bayarannya?Saudara boleh melanggan majalah Pelita Bahasa melalui portal dbpniaga.my. Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut.Lain-lain16.06.2023
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006
Bagaimanakah cara untuk melanggan majalah Dewan Siswa dan Majalah Pelita Bahasa?Sila hubungi
 
Sdr boleh menghubungi Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad. Pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Isa Khamis di talian 0123219456.
Lain-lain15.01.2012
Hairudin Djorimi Oct 12th, 2:23pm Bagaimanakah cara saya melanggani majalah dewan dan cara pembayarannya?Untuk melanggan majalah terbitan DBP, sila berhubung terus dengan Bahagian Pengedaran DBP di talian 03-21479000 atau hubungi Ketua Bahagian Pengedaran, Puan Azah Wahab melalui e-mel azah@dbp.gov.my.Lain-lain12.10.2014
Assalaamu 'alaikum. Saya memerlukan rujukan bagi bahasa Melayu seperti ejaan, kamus, istilah, dsb, termasuk teknikal dan bukan teknikal, sebagai benchmark kualiti terjemahan kami. Kami dapati laman web ini amat berguna bagi kami. Oleh kerana tugas kami banyak berbentuk dalam talian, kami ingin melanggan penggunaan laman web ini, antaranya, dan rujukan lain seperti perisian ejaan dsb yang sentiasa terkemas kini agar kami dapat gunakan dalam tugas harian kami. Selain daripada penterjemah dalaman, kami juga menggunakan khidmat penterjemah bebas, dan kami berharap mereka juga dapat melanggan daripada Tuan agar kami dapat menghasilkan terjemahan yang standard dan berkualiti sepanjang masa. Saya ingin tahu sama ada Tuan telah pun mempunya skim sebegini, dan jika ada, bolehkah Tuan perincikan harganya. Sekian, terima kasih. Dengan hormatnya, mardia p/s: En Sulaiman Kaiat, adakah Tuan dulu pelajar ISK di UTM Jln Gurney ? Kalau saya tak silap, Tuan pernah menjawab jawatan di persatuan ISK (PERSAKA) kan? Walaubagaimanapun, tahniah atas kemajuan laman web ini. Saya banyak menggunakannya dan kini saya ingin melanggan penggunaan laman web ini secara formal atas nama majikan saya. Alamat emel resmi saya di tempat kerja mnasiruddin@sdl.com Wassalaam.Terima kasih atas penghargaan dan pandangan yang saudara berikan. Untuk makluman saudara, pihak kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan secara khusus melainkan penyemakan bahasa bagi teks atau penyemakan teks yang telah diterjemahkan dalam dokumen rasmi (antara 50-100 patah perkataan). Bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut, saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia 03-41497210.Lain-lain09.02.2009
Assalamualaikum, apakah maksud 'giveaway' dalam bahasa Melayu? biasanya perkataan 'giveaway' digunakan oleh Youtuber untuk memberikan hadiah kepada orang yang melanggan saluran Youtube mereka. Mohon pencerahan. Terima kasih.Maksud "giveaway" ialah hadiah percuma.Makna25.04.2021
12

Kembali ke atas