Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel
Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang
lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang
paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,
Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang
pensyarah universiti yang muda berasa meluat
terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan
kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan
bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat
dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk
That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You
(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man
(1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women
(1984), dan The Old Devils (1986).