PEPANJAT | Tumbuhan yang memanjat pokok lain sebagai sokongan untuk membolehkannya memperoleh cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
NUTHATCH | Nuthatch ialah sejenis burung memanjat. Terdapat 21 jenis spesies yang berbeza. Burung ini terdapat di Amerika Utara, Eropah, Afrika Utara, Asia, dan Australia. Nuthatch mendapat namanya daripada tabiatnya menyumbat kekeras ke dalam rekahan kulit pokok dan kemudian memecahkannya dengan mematuknya berulang kali. | UMUM | |
KALABAS | Kalabas ialah sejenis labu yang tumbuh pada pokok memanjat di kawasan tropika. Ia ditanam untuk buahnya yang berkulit keras yang digunakan untuk membuat botol air, paip, sudu alat muzik. | UMUM | |
SERI PAGI | Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan mempunyai pelbagai warna dan campuran warna ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh direndam dalam air semalaman untuk melembutkan selaput bijinya dan memudahkannya bercambah. Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18 sentimeter diameternya. Bunganya berwarna bercampur-campur warna samar dan ungu. | UMUM | |
LIANA | Liana ialah nama bagi pelbagai tumbuhan menjalar yang terdapat terutamanya di hutan hujan tropika. Liana memanjat atau melingkari batang dan dahan pokok, dan menggunakan pokok itu sebagai sokong. Ia mempunyai pucuk yang fleksibel dan tumbuh dengan cepat. | UMUM | |
BIGNONIA | Bignonia ialah nama famili Amerika bagi pokok renek memanjat, pokok menjalar dan pokok. Bignonia terdapat dalam iklim panas dan tumbuh liar di timur dan selatan Amerika Syarikat. Bunganya yang berwarna-warni berbentuk trompet. | UMUM | |
PLUMBAGO | Plumbago juga dikenali sebagai leadwort merupakan nama untuk lebih kurang sedozen jenis pokok renik yang sentiasa berbunga dan jenis tumbuhan yang memanjat. Ia merupakan tanaman yang tumbuh dengan meluasnya. Beberapa dari jenisnya ditanam di taman bunga atau di rumah. | UMUM | |
NASTURTIUM | Nasturtium ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan saka yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Nasturtium adalah bunga taman kegemaran. Ia adalah tumbuhan tahunan yang tumbuh menjalar atau memanjat yang tingginya mungkin kira-kira tiga meter. Bunganya berwarna kuning, jingga atau merah. | UMUM | |
MAT JENIN | MAT JENIN, cerita jenaka Melayu. Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan. Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya. Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam. Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing. Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau. Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah. Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja. Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa. Dia jatuh ke tanah lalu mati. | SASTERA | Karya |
SMILAKS | Smilaks ialah sekumpulan tumbuhan menjalar berkayu atau herba yang mempunyai akar yang tahan lasak, berubi dan daun malar hijau, berurat. Di hujung batangnya terdapat sulur paut yang digunakan untuk memanjat. Tumbuhan menjalar ini tumbuh di kawasan sederhana dan tropika. Ia mengeluarkan gugusan kecil beri berwarna merah, biru, atau hitam. Sesetengah spesies mengeluarkan sarsaparila, dan yang lainnya mempunyai batang yang boleh dibuat bakul. Pengelasan saintifik. Smilaks tergolong dalam famili lili, Liliaceae. | UMUM | |