Kita harus mahu mematuhi undang-undang. Adakah ayat-ayat songsang berikut betul? (A) Mematuhi undang-undang kita harus mahu. (B) Undang-undang kita harus mahu mematuhi. | Ayat yang gramatis ialah "Kita harus mematuhi undang-undang". Ayat ini boleh disongsangkan menjadi "Harus mematuhi undang-undang kita". | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Memahami dan mematuhi tertib bekerja dalam bengkel atau Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel | Ayat yang betul ialah Memahami dan mematuhi tatatertib bekerja di bengkel. | Tatabahasa | 05.08.2014 |
A. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari tarikh notis ini disampaikan. B. Tuan dengan ini diarahkan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis ini disampaikan. Jawapan : A atau B | Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Ayat yang lebih tepat: Dengan ini diarahkan tuan untuk mematuhi notis ini dalam tempoh 14 (empat belas) hari dari notis ini disampaikan. | Ejaan | 09.11.2016 |
pendapat anda adakah penggunaan bahasa di akhbar tidak perlu mematuhi nahu bahasa yang betul berbanding akhbar pendidikan??? | Penggunaan bahasa di akhbar perlu mematuhi nahu bahasa Melayu yang betul walaupun terikat dengan cara penulisan akhbar dan gaya dalaman organisasi tersebut. | Lain-lain | 07.08.2010 |
Apakah subjek dan predikat bagi ayat songsang berikut : Membaca buku dia di perpustakaan. Adakah ayat songsang dikira sebagai ayat yang gramatis? | Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. | Tatabahasa | 18.10.2010 |
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ? | 1. Menghasilkan produk farmaseutikal secara konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan. 2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan. 3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 4. Menggunakan Teknologi Terkini. 5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir. 6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan. 7. Kualiti adalah tangungjawab semua. 8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Tuan, saya telah mematuhi arahan tuan untuk merujuk Kamus Pelajar dan Kamus Dewan bagi membandingkan maksud perkataan. Tetapi, untuk perkataan "menggariskan", Kamus Pelajar memberikan takrif "membuat garis dengan sesuatu alat", manakala Kamus Dewan memberikan maksud "membuat garis pada sesuatu tempat". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Pelajar, "menggarisi" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat", bukan perkataan "menggariskan". Dalam Kamus Pelajar, "menggariskan" hanya bermaksud "membuat garis dengan sesuatu" atau "menggunakan sesuatu untuk membuat garis". Jadi, "menggarisi" atau "menggariskan" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat"? Contoh arahan soalan: Garisi/Gariskan kata-kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan. | Bagi tujuan peperiksaan atau pembelajaran yang terarah kepada peperiksaan, sila rujuk makna yang diberikan dalam Kamus Pelajar. Jika tidak ada maklumat yang diperlukan dalam Kamus Pelajar, barulah merujuk Kamus Dewan. Namun jika tuan berhasrat untuk membuat kajian bolehlah membuat perbandingan antara beberapa buah kamus. | Makna | 15.12.2014 |
COMPLY | MEMENUHI SYARAT/MEMATUHI/MENURUT | Istilah | 26.10.2010 |
Yang manakah antara frasa berikut mematuhi tatabahasa Melayu baku? (a) Kata-kata aluan. (b) Kata alu-aluan. | Yang tepat ialah kata alu-aluan. Alu-aluan bermaksud menyambut ketibaan atau kehadiran seseorang. | Tatabahasa | 21.09.2006 |
SPBBK-PBT 2016 DI DALAM KRITERIA 1 (xvii) MEMATUHI GARIS PANDUAN PENENTUAN NAMA GEOGRAFI DAN TAMAN BOLEHKAH PIHAK TUAN TERANGKAN DENGAN LEBIH TERPERINCI MENGENAI PERKARA DI ATAS ? DAN APAKAH YANG DIPERLUKAN DI DALAM KRITERIA TERSEBUT . TERIMA KASIH | Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan melalui talian 21479131 (Encik Ahmad Fazly bin Sahar). | Lain-lain | 22.09.2016 |