Makmal Kebangsaan Los Alamos, di Los
Alamos, New Mexico, adalah salah sebuah
institusi penyelidikan yang terkemuka di dunia.
Institusi ini terlibat terutamanya dalam
penyelidikan penggunaan sains dan teknologi
untuk menangani masalah yang berkaitan dengan
keselamatan negara Amerika Syarikat. Aktiviti di
makmal ini termasuklah pembangunan kepala
peledak nuklear, pengeluaran dan pengujian
bahan nuklear, dan penciptaan reka bentuk
senjata baharu. Makmal ini juga bertanggungjawab
membangunkan teknologi yang dapat digunakan
dalam pengesahan bahawa negara-negara lain
mematuhi perjanjian mereka untuk mengawal
pengeluaran senjata. Penyelidikan lain yang
dilaksanakan oleh makmal ini tertumpu kepada
bidang seperti fizik nuklear, pembekalan tenaga
oleh Amerika Syarikat, dan pembuangan sisa
nuklear.