Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar] | ممبسر

Definisi : 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar] | ممبسر

Definisi : menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesar

Peribahasa

Air setitik dilautkan,
     tanah seketul digunungkan.

Bermaksud :

Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm. Minta pengesahan bahasa untuk ayat di bawah: 1) Bagaimanakah strawberi bertumbuh/membesar? 2)Nenek tak apa-apa kah? (atau bolehkah guna "Nenek ok kah?" dalam ayat BM. TQWaalaikumsalam.
Ayat yang betul ialah:
1) Bagaimanakah strawberi membesar?
2) Nenek sihatkah? Atau "Bagaimanakah keadaan nenek?"
Tatabahasa28.05.2015
Bolehkah perkataan "Jadi" digunakan di tengah ayat? Contoh: Saya membesar di Pulau Pinang jadi makanan laut adalah makanan yang nostalgik bagi saya. Perlukah (,) ditambah?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jadi juga membawa maksud jadinya kerananya, kerana itu. Oleh itu, perkataan jadi boleh digunakan dalam ayat di atas dan tanda baca koma perlu ditambah.

"Saya membesar di Pulau Pinang, jadi makanan laut ialah makanan yang nostalgik bagi saya".
Tatabahasa07.06.2021
peribahasa "tanah sekepal digunungkan"Maksud peribahasa tersebut ialah membesar-besarkan perkara yg kecil.Lain-lain11.10.2010
tuan, belon itu semakin _________apabila udara ditiup ke dalamnya. (memanjang, mengembang, membesar) tuan mana satu perkataan yang sesuai digunakan? tqBelon itu semakin mengembang apabila udara ditiup ke dalamnya. Tatabahasa20.09.2011
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Apakah terjemahan untuk istilah "enlarged spleen"?Kami mencadangkan enlarged spleen diterjemahkan sebagai "limpa membesar", "limpa membengkak" atau "splenomegali". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah07.02.2022
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISMEOraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma.Makna11.08.2009
1.kaum kulit hitam di afrika pernah ( diperkota-katikkan, ditindas) oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid. 2. ( kegetiran, kesempitan, kepahitan) hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang ( mencanggahi, menyalahi) undang-undang. 3.peristiwa malang itu tetap ( menodai, mengganggu, menghantui jiwanya. 4. pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak ( mengheboh-heboh, menggembar-gembarkan, membesar-besar) isu perkauman yang sensitif. sila beri jawapan yang betul.terima kasih

1. Kaum kulit hitam di afrika pernah ditindas oleh kaum kulit putih di bawah dasar apatheid.

2. Kesempitan hidup akan memaksa seseorang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.

3. Peristiwa malang itu tetap menghantui jiwanya.

4. Pemimpin telah memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak membesar-besarkan isu perkauman yang sensitif.

Tatabahasa22.07.2011
Selamat pagi. Dalam ayat di bawah, adakah perlu nama buku bahasa Cina yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dicatatkan juga nama buku dalam bahasa asalnya seperti yang dibuat dalam kurungan? Terima kasih. Karya beliau yang diketahui umum termasuklah Tak Berotak dan Tak Rela (Meitounao he Bugaoxing), Kisah Tutu (Tutu de gushi), Saya Mampu Membesar dan Mengecil (Wo shi yige kedakexiao de ren), Saya Orang Limunan (Wo chenglege yinshenren ) dan lain-lain.Tajuk buku yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tajuk dalam bahasa asalnya. Memadai tajuk dalam bahasa Melayu sahaja.Lain-lain06.07.2021
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu.

2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir .

3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan.

4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja.

5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau.

Tatabahasa23.07.2011
12

Kembali ke atas