Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), mangga, Mangifera indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : nama sj pokok atau buahnya; mangga, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempelam

Puisi
 

Buah mempelam si buah petir,
     Tigalah dengan buah beluru,
Jangan dikias jangan disindir,
     Keranalah adik sungguh tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Jeruk mempelam atau mempelam jeruk. 2. Pendingin hawa atau penghawa dingin

Saudara,

Mengikut Hukum D-M, kedua-dua bentuk boleh digunakan bergantung pada perkara yang hendak ditekankan.  Contohnya: jeruk mempelam; jeruk jambu; jeruk limau. Dalam bentuk yang lain pula kita boleh membentuk frasa mempelam jeruk, mempelam salai, mempelam kering. 

Tatabahasa08.11.2010
1. Pilihlah apa-apa ATAU mana-mana buku. 2. mempelam jeruk ATAU jeruk mempelamJawapan yang betul ialah 1. Pilihlah mana-mana buku. 2. Kedua-duanya boleh digunakan tetapi kebiasaannya digunakan jeruk mempelam.Lain-lain02.09.2010
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan.  

Tatabahasa24.07.2011
Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 

2. Ayat-ayat ini betul:
I. Mereka melayari internet di kafe siber.
II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim.
III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus.
Ayat IV tidak dikemukakan.
Tatabahasa23.06.2015
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam”Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023

Kembali ke atas