Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ba.nya/.kan] | ممڤرباڽقکن

Definisi : mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbanyakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah penggunaan kata memperbanyakkan? Bukankah banyak merupakan kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh hadir dalam imbuhan memper ... kan? Sepatutnya membanyakkan atau memperbanyak. Hasil carian dalam PRPM menunjukkan kata memperbanyakkan boleh digunakan. Mohon penjelasan.

Perkataan membanyakkan dan memperbanyak membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak. Walau bagaimanapun, entri perkataan memperbanyakkan dalam data PRPM membawa maksud mendarabkan, mengalikan, menggandakan. Berdasarkan Kamus Perdana DBP terbitan 2020, entri perkataan memperbanyakkan tidak wujud. Oleh itu, jika konteks yang digunakan membawa maksud menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak dan menambah banyak, hanya perkataan membanyakkan dan memperbanyak sahaja yang boleh digunakan.

Makna20.01.2021
Betulkah istilah ini : - memperbanyakkan berkaitan waktu : tengah hari - bilakah waktunya? petang? 1.00 petang atau 1.00 tengah hari (ada beberapa istilah lagi saya nak tanya,tapi saya terlupa)Tuan/Puan,

Berikut ini ialah senarai tempoh jam dan senarai waktunya yang sesuai:

12.00  -  1.59  : Tengah hari

2.00  -  6.59    :  Petang

7.00  -  11.59  :  Malam

12.00  -  12.59 :  Tengah malam

1.00  -  11.59   :  Pagi
Lain-lain03.02.2015
salam, perkataan "membanyakkan" atau "memperbanyakkan" yang benar? sekian, terima kasih.Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.Tatabahasa27.02.2013
Tuan, 1. Apakah perbezaan antasa analisis dengan analisa? 2. memperbanyakkan atau memperbanyak? Manakah yang betul? Terima kasih.1. Analisis.
2. Perkataan yang betul ialah membanyakkan dan memperbanyak.
Tatabahasa14.03.2017
1. adakah tidak boleh berhimpun tiga imbuhan dalam satu perkataan? contoh: memperbanyakkan, apakah contoh yang tepat? 2. Boleh tak bagi sedikit penerangan berkenaan penggunaan imbuhanKata terbitan yang betul ialah memperbanyak. Kata adjektif seperti banyak tidak menerima apitan memper_kan. Contoh perkataan yang menerima apitan memper_kan ialah mempersatukan dan memperbadankan. Untuk makluman apitan memper_kan tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana kata terbitan yang terhasil membawa maksud yang sama/hampir sama dengan apitan me_kan, seperti mempersatukan dan menyatukan. Tatabahasa05.03.2020
Bagaimanakah untuk kita membezakan sesuatu perkataan yang mempunyai imbuhan kan? contohnya memperbanyakkan, keesokan.Menurut Buku Tatabahasa Dewan, semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif, dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran-kan untuk membentuk kata kerja, contohnya, kata nama, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif kata adjektif dan kata tugas. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkatan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan, muka surat 176.Tatabahasa15.09.2007
Assalamualaikum. Adakah apa-apa rumus yang boleh kita gunakan untuk menerangkan perbezaan satu 'k' atau dua 'k' bagi penggunaan akhiran -kan dalam bahasa Melayu. Contohnya, kenaikan, menaikkan, memperbanyakkan, kebanyakan dan lain-lain kata dasar yang akhirannya dengan huruf 'k'. Terima kasih.

Dalam bahasa Melayu  terdapat apitan kata kerja meN-...-kan dan akhiran ...-an untuk kata kerja. Sebagai contoh, kata dasar 'masak' apabila menerima apitan kata kerja 'me + masak + kan' maka dieja memasakkan (dieja dengan memasukkan dua huruf k). Namun, untuk kata nama, menerima akhiran ...-an hanya perlu masukkan akhiran ...-an. Sila perhatikan contoh di bawah:
(i)  masak + ...-an = masakan (dieja dengan satu huruf k sahaja) – kata nama

(ii)     masak +...-kan =masakkan (dieja dengan dua huruf k) – kata kerja

Tatabahasa19.10.2014
Saya sudah menyiapkan CD berserta 5 buah buku bergred berkaitan kaedah membaca tanpa mengeja. Bagaimanakah caranya memperoleh HAK CIPTA TERPELIHARA dan mendapatkan kod ISBN, dan apakah langkah-langkah yang patut saya buat untuk memperbanyakkan untuk edaran di pasaran ?

1. Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis.

2. Perkhidmatan International Standard Book Number (ISBN), International Standard Serial Number (ISSN) dan Pengkatalogan-dalam-Penerbitan diberikan secara PERCUMA kepada semua penerbit di Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ISBN/ISSN/PDP boleh dengan menghubungi Pusat Bibiligrafi Negara, Perpustakaan Negara Malaysia,Tingkat 18, Menara TH Selborn, 153, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur di talian 03-26871700 samb. 4288 / 03-26814329. 

Sekian. Terima kasih.

Lain-lain29.07.2007
saya ingin tahu, bolehkah penggunaan perkataan yang berulang kali dalam satu ayat.tolong berikan jawapan serta sumber rujukan

Pengulangan perkataan yang sama dalam satu ayat dibenarkan, tetapi penulis digalakkan menggunakan perkataan yang berbeza bagi memperbanyakkan perbendaharaan kata.

Lain-lain19.09.2008
pertanyaan saya apakah peranan DBP dan strategi yang dirangka utk memupuk minat membaca dikalangan rakyat malaysiaSalah satu fungsi DBP ialah melaksanakan kegiatan peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Salah satu langkah yang diambil untuk memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat ialah memperbanyakkan penerbitan buku untuk pelbagai peringkat umur. Usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun.Lain-lain15.07.2009
12

Kembali ke atas