Solenodon ialah haiwan nadir yang kelihatan
seperti tikus berhidung panjang. Solenodon kepala
kuning hidup di Cuba, dan solenodon perang hidup
di Haiti. Solenodon hidup di kawasan berhutan.
Pada waktu siang, ia berehat dalam batang
berongga dan keluar untuk mencari makanan hanya
pada waktu malam. Ia mencakar dengan cakarnya
yang panjang untuk mencari serangga. Haiwan ini
beratnya kira-kira satu kilogram dan membesar
sehingga kira-kira 60 sentimeter panjangnya,
termasuk ekornya yang keras, bersisik, yang
panjangnya lebih kurang 25 sentimeter. Ia
mempunyai muncung yang panjang, runcing dan
bulu yang pendek, kasar. Air liur solenodon adalah
beracun.