Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.cu.ri] | منچوچوري

Definisi : 1. menuang air dsb pd, menyi­rami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.cu.ri] | منچوچوري

Definisi : 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyi­rami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencucuri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmat, yang manakah betul?Tuhan mencucuri makhluk-Nya dengan rahmat dan Semoga Tuhan mencucurkan rahmat ke atas rohnya.Tatabahasa08.08.2010
semoga tuhan mencucurkan kami rahmat atau semoga mencucuri kami rahmatAyat yang betul ialah Semoga tuhan mencucuri kami rahmatTatabahasa07.08.2010
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada guru kita sudah kembali ke alam yang kekal abadi.” Kita biasa menggunakan ayat ini. Namun ada pihak mengatakan ayat ini tidak tepat. Mohon penjelasan.Ungkapan yang biasa digunakan ialah "Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas guru kita yang telah kembali ke rahmatullah."Lain-lain22.12.2009
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih.1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau.
2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang.
4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi".
6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.
Tatabahasa04.01.2013
Salam sejahtera pihak DBP. Ada kemusykilan. Ayat yang mana betul? A) Semoga roh allahyarham dicucurkan rahmat daripada Allah ATAU B) Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah. C) Semoga Allah mencucurkan@mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Terima kasih ya.Ayat yang betul ialah "Semoga Allah mencucurkan/mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham." Tatabahasa19.12.2022
A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan.Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. Tatabahasa08.04.2008

Kembali ke atas