Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dé.kla.ma.si.kan] | منديکلاماسيکن

Definisi : membacakan (me­nyam­­­­­­­­paikan) sajak dll utk didengari: dia telah ~ sajaknya sejak setahun yg lalu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendeklamasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, frasa yang manakah betul?mendeklamasikan sajak atau mendeklamasi sajak?apakah bezanya?bolehkah tuan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.terima kasihFrasa yang betul ialah mendeklamasikan sajak. Deklamasi termasuk dalam salah satu kata dasar yang hanya dapat menerima apitan men-....-kan. di-...-kan atau ber-...-kan, dan tidak dapat menerima awal meN, di-. atau ber- sahaja.
Contoh kata lain yang termasuk dalam kumpulan ini:

mengabaikan        bukan    mengabai
menggelarkan       bukan    menggelar
mencantikkan        bukan    mencantik
menjatuhkan          bukan    menjatuh

dan banyak lagi.

Untuk memastikannya saudara boleh lihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, hanya ada perkataan mendeklamasikan sahaja, dan bukan mendeklamasi.
Istilah19.03.2014
1)penyair itu mendeklamasikan se........ sajak ( seuntai atau serangkap) 2) ikan masin yg sudah lama itu berbau hapak/hanyir....jawapsn mana yg sesuai?1. Serangkap. 2. Hanyir.Lain-lain11.06.2013
Maksud "mestamu" "memestamukan"?Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan maksud bagi kata mestamu seperti yang berikut:

mestamu  kata nama 
satu kaedah mendeklamasikan sajak tanpa iringan muzik. Mestamu ialah akronim bagi melagukan sajak tanpa muzik.

Jadi, memestamukan bermaksud menyampaikan atau mendeklamasikan (puisi) tanpa iringan muzik.
Makna16.08.2023
Rosdy Lainsin Apr 8th, 1:46am Salam. Bila nak datang unisel?? Buat la pertandingan mendeklamasikan sajak di unisel bestari jaya.Sebarang program bahasa dan sastera diuruskan oleh Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran. Hubungi bahagian berkenaan melalui talian 03-21479000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain08.04.2015
salam tuan, Kenduri Bahasa Tahun 2010 akan diadakan pada 28 OKT 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Mendeklamasikan sajak bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa. masalah saya ialah mencari sajak balada yang hendak dideklamasikan pada hari berkenaan. Mohon kerjasama tuan.

Waalaikumusalam wbk. Sdr. boleh mendapatkan (merujuk/meminjam/membeli) buku antologi sajak yang bertemakan "Bahasa Jiwa Bangsa" sama ada melalui perpustakaan negeri/Perpustakaa Negara Malaysia/perpustakaan DBP (Pusat Dokumentasi Melayu) Ibu Pejabat/DBP Wilayah (Utara, Timur atau Selatan)/kedai-kedai buku yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sajak atau puisi yang bertemakan di atas boleh juga dirujuk melalui majalah terbitan DBP iaitu Dewan Sastera, Dewan Masyarakat atau Pelita Bahasa.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam.    

Lain-lain16.10.2010
saya hendak tahu perbezaan antara dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.

Makna20.02.2010
perbezaan dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.  

 

Makna20.02.2010
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ?1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.  Istilah30.11.2009
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013

Kembali ke atas