Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meng-e-melkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, tuan mengapa ejaan meng-e-melkan dieja seperti ini tidak dieja menge-melkan. mohon penjelasanTerdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-e-melkan' adalah untuk mengasingkan ejaan perkataan 'e-mel' daripada imbuhan 'meng-' supaya sebutannya tidak menjadi me.nge.mel.kan. Sebutan yang betul ialah meng.e.mel.kan. Ejaan18.04.2011
Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih.Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas.Lain-lain14.03.2012
Salam sejahtera. Berdasarkan soal jawab Pelita Bahasa Aprl 2013, perkataan 'meng-e-melkan' betul dalam peraturan bahasa. Adakah 'di-e-melkan' & 'ter-e-mel' juga betul ? Terima kasih.

Perkataan meng-e-melkan, di-e-melkan, peng-e-melan dan ter-e-mel betul mengikut peraturan tatabahasa tetap lebih gramatis apabila menggunakan frasa, 'mengirimkan e-mel...',

Tatabahasa08.05.2013
Ejaan: E-mel meng-e-melkan Apa fungsi tanda sempang (-) dlm contoh "meng-e-melkan"? Ada lagi contoh di tempat lain? Terima kasih.Salam sejahtera,

Tanda sempang (-) mempunyai beberapa fungsi, antaranya menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat. Perkataan e-mel ialah kata pinjaman dan diserapkan ke dalam bahasa Melayu. E-mel ialah kependekan perkataan electronic mail.
Oleh itu, tanda sempang digunakan untuk kependekan dalam ejaan e-mel.

Contoh lain seperti e-penerbitan, e-kad dan e-jurnal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa27.03.2018
Salam Ramadan, 1. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa kata 'meng-e-melkan' dan 'mengX-raykan' adalah salah, sepatutnya 'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'. Pandangan tuan? 2. Ayat: Ikan sungai air tawar sangat digemari oleh kebanyakan orang yang tinggal di kampung-kampung. Betul / SalahSalam Ramadan,

'meng-e-melkan' dan 'meng-x-raykan tidak salah tetapi lebih gramatis jika menggunakan  'mengirimkan e-mel' dan 'mengimbaskan X-ray'.

Ikan sungai air tawar...salah- Ikan air tawar...betul

Tatabahasa08.08.2012
imbuhan manakah yang betul? 1. meng-e-mel-kan atau 2.meng-e-melkan dalam khidmat nasihat saya terjumpa jawapan 2 yang betul ?Jawapan yang betul ialah meng-emelkan.Ejaan08.07.2014
ejaan yang betul untuk mengemelkan ? atau meng-emelkan?Ejaan yang betul ialah meng-e-melkan.Ejaan16.08.2011
Mengapakah kata 'meng-e-melkan' mengandung 2 tanda sempang ?Terdapat dua tanda sempang pada ejaan 'meng-emel-kan' adalah kerana bagi membezakan atau mengasingkan ejaan emel yang dieja 'e-mel'. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian KNB. Harap maklum.Ejaan24.09.2007
Salam Sejahtera, Mohon semak sama ada imbuhan untuk perkataan "e-mel" di bawah adalah tepat: 1. Imbuhan apitan meN-...-kan untuk "e-mel" ialah "meng-e-melkan" dan apabila dipasifkan menjadi "di-e-melkan". 2. Imbuhan apitan peN-...-an untuk "e-mel" ialah "peng-e-melan". TK

Ejaan yang betul ialah:

1. meng-e-melkan

2. di-e-melkan

3. peng-e-melan

Ejaan27.10.2011
ejaan utk diemailkan untuk bahasa melayu bagaimana?

Ejaan yang betul ialah:

1. meng-e-melkan

2. di-e-melkan

3. peng-e-melan

Lebih gramatis apabila menggunakan frasa, 'mengirimkan e-mel...',

Ejaan08.08.2012
12

Kembali ke atas