Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(78)

Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
balaih[bA.lAC]kata kerjamengambil tanpa izin.Depa balaih habeh laok, orang belakang tak dan.[dE.pA bA.lAC hA.beh lAo o.ÒAN b«.lA.kAN tA dAn]Mereka mengambil habis lauk, orang belakang tidak sempat.
   4. mengambil.Jangan tutoh buah tu kat hang sorang, bedak-bedak kat orang laen sama.[dZA.NAn tu.toh bu.wAh tu kAt hAN so.ÒAN bE.dA.bE.dA kAt o.ÒAN lAen sA.mA]Jangan mengambil buah seorang diri, bahagi-bahagikan kepada orang lain juga.
relaih[Ò«.lAC]kata kerja1.         mengambil seluruhnyaBudak-budak ni relaih habeh buah kayu orang.[bu.dA.bu.dA ni Ò«.lAC hA.beh bu.wAh kA.ju o.ÒAN]Budak-budak ini mengambil semua buah-buahan orang.
   3. mengambil atau membolot sesuatu secara tamak.Mentang-mentang dia anak sulong habeh reta pesaka dia karau kat dia.[m«n.tAN.m«n.tAN di.jA A.nA/ su.loN hA.beh Ò«.tA p«.sA.kA di.jA kA.ÒAw kAt di.jA]Mentang-mentang dia anak sulung habis harta pusaka dia bolot.
   5. mengambil baki sesuatu dengan izin pemiliknyaBelen duet beli nasik bungkuih hang gabuih kat hang.[bE.lEn du.wet b«.li nA.si/ buN.kuC hAN gA.buC kAt hAN]Baki duit beli nasi bungkus awak ambillah.
   2. mengambil sesuatu secara berlebihanKue more malam tadi habeh Pak Nan gabuih.[kue mo.ÒE mA.lAm tA.di hA.beh pA nAn gA.buC]Kuih moreh malam tadi habis Pak Nan ambil.
jip[dZip]kata kerjamengambil gasing yang sedang berpusing dengan menggunakan tali.Lekaih jip, sapa lambat gasin dia kena tahan.[l«.kAC dZip sA.pA lAm.bAt gA.sin di.jA k«.nA tA.hAn]Cepat jip, siapa lambat gasingnya kena tahan.
tumpang tui[tum.pAN tuj] mengambil atau menggunakan kesempatan atau peluang sesuatu atau seseorang yang ada.Aku bukan ingat sangat baca doa ni, tumpang tui anak aku saja la.[A.ku bu.kAn i.NAt sA.NAt bA.tSA do.A ni tum.pAN tuj A.nAA.ku sA.dZA lA]Saya bukan ingat sangat bacaan doa ini, tumpang tui anak saya sajalah.
lugaih[lu.gAC]kata kerjamengambil sesuatu sehingga habisTak padan bayaq lima ringgit, lugaih buah sampai sepokok.[tA/ pA.dAn bA.jA)Ö li.mA ÒiN.git lu.gAC bu.wAh sAm.pAi s«.p.k/]Tidak padan dengan bayaran lima ringgit, ambil buah sampai sepokok.
menangkap[m«.nAN.kAp]kata kerjamengambil udara dengan cara menimbulkan kepala di permukaan air berkenaan ikanLaen kali kalu nak taok jala, tengok dulu ada ikan menangkap ka dak.[lAen kA.li kA.lu nA/ tAo/ dZA.lA tE.N/ du.lu A.dA i.kAn m«.nAN.kAp kA dA/]Lain kali kalau hendak taok jala, lihat dahulu sama ada ikan menangkap atau tidak.
12

Kembali ke atas