Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)

194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(78)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengambil puntung pemukul kepala.Kebaikan dibalas dengan kejahatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengambil bungkalan kurang.Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh.Pandai berkata-kata; arif bijaksana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak berluluk mengambil cekarau.Mendapat untung tidak dengan bersusah payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang.Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencucup benak orang.Mengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mustahil tak berluluk mengambil cekarau.Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.Budi bahasa yang baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjadi apit lempang cencang galang.Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harta orang hendak dikebas.Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas