PAKISTAN | Pakistan ialah negara Islam di selatan Asia. Nama rasmi negara ini ialah Republik Islam Pakistan. Lebih kurang 97 peratus penduduknya menganut ajaran Islam. Agama merupakan sebab yang utama Pakistan didirikan sebagai sebuah negara yang merdeka. | UMUM | |
KASTA | Kasta ialah kumpulan sosial manusia yang dibahagi-bahagikan mengikut kelahiran. Dalam lingkungan sesuatu kasta, kebanyakan ahlinya berkongsi kebudayaan atau pekerjaan yang sama, menganut fahaman atau mazhab agama yang sama atau mempunyai tahap kekayaan yang sama. | UMUM | |
BOTHWELL, EARL OF | Bothwell, Earl of (1536?–1578) ialah bangsawan Scotland yang menganut agama Protestan. Dia adalah suami ketiga Mary, Ratu Scotland (lihat Mary, Ratu Scotland). | UMUM | |
ASHA'IRAH, AL- | Asha’irah, al- ialah pengikut aliran Abu al- Hassan al-Asháriy ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq (meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia mempunyai darah keturunan Abu Musa al- Ash’ariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ash’ariy. Pada mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat Muktazilah. | UMUM | |
SIHIR | SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu. Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau. Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir. | BUDAYA | Konsep |
PERISTIWA NATRAH | PERISTIWA NATRAH, rusuhan yang berlaku di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini berlaku kerana bantahan orang Islam Singapura terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis Belanda, yang telah menganut Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
ORANG NORMAN | Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking, atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula- mula menduduki utara Perancis, kemudiannya mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M., mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis yang terletak berhampiran muara Sungai Seine, yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank, Charles Yang Sederhana (Charles the Simple). Orang Norman pun menganut agama Kristian dan menerima adat Perancis. Ramai orang Norman yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua gereja, dan pahlawan Perang Salib. | UMUM | |