Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.go.rés] | مڠݢوريس

Definisi : menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.go.rés] | مڠݢوريس

Definisi : membuat sesuatu menjadi bergores; mencalar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggores


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan. Yang manakah lebih tepat? “Mengguris hati” atau “menggores hati”? Saya hargai pendapat pihak tuan. Terima kasih.Waalaikumsalam,

Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".
Ejaan01.06.2018
salam, saya tengok dalam kamus perdana ada perkataan guris. saya nak tanya guris boleh digunakan atau tak. lepastu kalau ayat itu untuk hati. cth menggores/ menguris hati?Kehadiran kata guris dalam KDP yang dirujuksilangkan kepada gores adalah untuk menyatakan bahawa ejaan bagi kata tersebut telah diselaraskan mengikut Pedoman Pembentukan Ejaan Rumi bahasa Melayu, iaitu gores. Penggunaan ejaan guris adalah tidak baku dan penggunaannya seperti dalam frasa kerja "mengguris hati" sepatutnya dieja "menggores hati". Hati yang tergores sangat menyakitkan. Penggunaan kata ini bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya.Ejaan26.07.2023
Adakan perkataa 'mengguris' wujud? saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan tetapi setahu saya banyak orang yang menggunakan perkataan ini seperti mengguris hati saya. Tolong jelaskan. Terima kasih.Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, di bawah entri "gores".Istilah15.12.2009
1. Amin murid kelas Dua Merah. dalam ayat di atas, perlukah perkataan kelas ditulis dengan huruf besar? 2. Perkataan 'mengguris' tidak terdapat dalam Kamus Dewan, tetapi saya selalu terbaca perkataan ini terutamanya dalam bahasa laras sastera. Minta penjelasan. Terima kasih.

1. Ditulis dengan huruf besar kerana dianggap sebagai nama khas - Amin ialah murid Kelas Dua Merah.

2. Ejaan yang betul bagi perkataan mengguris ialah "menggores". Makna bagi perkataan tersebut ialah menggaris, mencalar, menggarit; menggores hati bermaksud melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan

Ejaan02.04.2009
Salam saya keliru ejaan yang ada 2 "g" atau 1 "g"dalam perkataanUntuk membantu saudari menyelesaikan persoalan ini, saudari bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri boleh dicari. Selain itu, saudari juga boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bagi perkataan yang mempunyai imbuhan "meng-..."  seperti menggunakan, menggalakan, menggariskan, menggores, menggoreng dan sebagainya.Tatabahasa03.03.2022
(A) Belon yang kembung itu boleh meloyang. (B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang mengguris kereta cikgu-cikgu sekolah. Untuk ayat (A), apakah maksud perkataan "meloyang"? Untuk ayat (B), apakah maksud perkataan "mengguris"? Saya tidak dapat mencari kedua-dua perkataan dalam kamus.Kalau kedua-dua perkataan itu tidak wujud dalam BM, apakah perkataan yang sesuai digantikan?Perkataan meloyang dan mengguristidak ada dalam sumber rujukan kami. Perkataan yang betul seperti yang digariskan.
(A) Belon yang kembung itu boleh melayang.
(B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang menggores kereta cikgu-cikgu sekolah.

Tatabahasa03.11.2015

Kembali ke atas