Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul. | Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
apakah jawapan untuk soalan berikut: kakak sedang _ daun pandan untuk dibuat bunga rampai. a.mencincang b.memayang c.mengerat d.menghiris | d. menghiris | Tatabahasa | 03.08.2015 |
"Badariah menghiris daging itu nipis-nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali." ayat di atas 'nipis-nipis' berfungsi sebagai kata apa?adakah kata adjektif, atau kata ganda, atau lain-lain jawapan...mohon pencerahan.. | Kata adjektif yang menerangkan bentuk daging tersebut dipotong. | Tatabahasa | 04.08.2015 |
memotong buah pisang secara nipis-nipis sesuai digunakan perkataan memotong atau menghiris? | Perbuatan memotong nipis-nipis ialah menghiris. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
helo, saya hendak tanya ejaan umtuk dua perkataan. 1. menghiris atau mengiris? 2. menghidapi penyakit atau mengidapi penyakit? | Jawapan yang betul ialah 1. menghiris dan 2. menghidapi penyakit. | Lain-lain | 10.08.2010 |
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih. | 1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. 2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan. 3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.01.2013 |
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong) | Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris. | Tatabahasa | 23.10.2015 |
ibu menggunakan pisau tajam untuk menghiris timun.apakah jawapannya? | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Soalan yang diberi ialah ayat penyata dan tidak memerlukan jawapan. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudut | Perbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau. | Makna | 03.07.2012 |
Apakah definisi kesalahan penggunaan golongan kata menurut ilmuan bahasa melayu ? | Kesalahan penggunaan kata lazimnya dikaitkan dengan pemilihan kata yang kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, Aini mencencang bawang. Dalam konteks ayat tersebut penggunaan kata yang tepat ialah menghiris kerana perbuatan mencencang menggunakan bawang sedangkan bawang dihiris menggunakan pisau. | Tatabahasa | 16.06.2013 |