Assalam... saya nak tanya... sekiranya bahasa English ingin di jawikan.... adakah ejaannya itu mengikut huruf atau mengikut bunyi. Contoh POWER, adakah ejaannya ڤووير atau ڤاور | Perkataan bahasa Inggeris yang hendak dijawikan dieja mengikut sebutan asal dalam bahasa Inggeris. Ejaan yang betul ialah ڤاور | Ejaan | 24.12.2020 |
Mengikut saranan nasihat yang terdahulu, "untuk" boleh digunakan pada pangkal ayat, tapi semua contoh yang diberikan sama iaitu "Untuk makluman…" Bagi terjemahan ayat bahasa Inggeris di bawah, bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat atau ayat tersebut perlu diubah susunannya? To stay aloft and travel long distances, he must learn to ride the wind. Terjemahan yang sesuai: 1) Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2) Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Adakah ayat (2) salah dari segi tatabahasa? Terima kasih. | 1. Kondor perlu belajar meluncur angin untuk kekal terapung dan mengembara jauh. 2. Untuk kekal terapung dan mengembara jauh, kondor perlu belajar meluncur angin. Kedua-dua ayat ini betul, ayat pertama susunan biasa dan ayat kedua susunan songsang. Perkataan "untuk" pada pangkal ayat, lazimnya digunakan dalam susunan songsang. | Tatabahasa | 02.02.2022 |
Mengikut yang terdapat di dalam prpm, cantum = percantuman bermaksud perihal mencantumkan bahagian-bahagian yang berlainan menjadi satu (misalnya motokar, dll). Adakah 'pencantuman' sesuai digunakan dalam proses mencantumkan bahagian-bahagian yang berlainan menjadi sebuah perabot, seperti almari pakaian, meja, kerusi, katil dsbnya? Terima kasih. | Perkataan ‘pencantuman’ boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan. | Tatabahasa | 18.03.2021 |
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Allahyarhamah" digunakan sebagai ganti diri bagi orang perempuan yang telah meninggal dunia. Rujukan dengan beberapa guru bahasa Arab bersetuju bahawa "Allahyarham" digunakan untuk kedua-dua perempuan dan lelaki yang lelaki yang telah meninggal dunia kerana tiada kata jamak (mah) untuk mereka yang telah meninggal. Mohon pencerahan. | Kamus Dewan juga menakrifkan allahyarham sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata allahyarhamah ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu allahyarhamha. allahyarhamha ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia. | Istilah | 21.12.2020 |
mengikut jawaban yg diberi oleh dbp pada 18/2 : mengapakah sangat indah sekali/sangat indah nian tidak boleh digunakan? saya difahamkan kata penguat bebas + kata adjektif + kata penguat belakang. Tambahan pula, dbp pernah memberi jawapan 'sangat indah nian' boleh diterima tahun-tahun sebelum ini. | Betul seperti yang difahami, (amat/sangat/sungguh) + kata adjektif + sekali, seperti "sangat indah sekali" adalah betul. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Mengikut formula, tanda sempang (-) perlu diletakkan dalam situasi huruf kecil bertemu dngan huruf besar. Bagaimanakah tulisan yang tepat bagi perkataan ini: ke-Melayuan atau kemelayuan. Ini kerana `M' pada perkataan Melayu itu nama khas. 2. Bagaimana pula dengan awalan `pro' seperti `pro-Amerika' atau `proamerika'? | Salam sejahtera, Tuan, 1. Ejaan yang betul ialah kemelayuan. 2. Pro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang. Ejaan yang betul ialah "pro-Amerika" Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 20.12.2017 |
Apakah beza mengikut dan mengikuti?Moho penjelasan. Terima kasih. | Untuk makluman, “mengikut” bermaksud “pergi bersama-sama dengan”. Contoh dalam ayat, Budak itu "mengikut" ayahnya ke hutan memikat burung.” Manakala “mengikuti” bermaksud “turut di belakang orang”. Contoh dalam ayat, Dia "mengikuti" ayahnya keluar dari rumah secara sembunyi-sembunyi”. | Tatabahasa | 20.05.2020 |
Mohon pandangan dan nasihat berhubung ayat berikut. "pembelian mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa semasa" ATAU "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa". Terima kasih. | Ayat yang lebih tepat ialah "pembelian mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa". | Tatabahasa | 29.06.2015 |
Adakah penggunaan imbuhan apitan "di....kan" secara berturutan dibenarkan? contohnya, Akaun ahli diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah atau akaun ahli diurus dan dilaburkan mengikut syariah. | Penggunaan imbuhan dalam ayat mesti mengikut bentuk kata terbitan, iaitu tidak boleh apitan "di-...-kan" pada perkataan sebelumnya digugurkan kerana berangkai dengan perkataan dengan apitan "di-...-kan" selepasnya. Frasa yang betul, diuruskan dan dilaburkan... | Tatabahasa | 12.04.2016 |
PENGGUNAAN MENGIKUT DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 30.11.2017 |