Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengikut AbadS. M. SalimUtusan Zaman09.08.1998
Pengkritik mengikut tarif Imam al GhazaliShahnon AhmadUtusan Zaman03.12.1978
Keutamaan mengikut Yusof al-QardawiMohd Shah AbdullahBerita Minggu13.07.1997
Perkahwinan mengikut adat "ganti tikar"Agus SalimUtusan Zaman02.05.1971
DBP berkembang mengikut tuntutan semasa-Utusan Malaysia26.06.2006
Bila bercakap mengikut musimAzizi Haji AbdullahWatan23.11.1983
Perjuangan penulis mengikut zamannyaA. Samad IsmailWatan27.09.1990
Dunia Melayu mengikut impian Ismail Hussein (Diwawancara oleh PuziHadi)Ismail HusseinBerita Harian23.01.1988
Buku dicetak mengikut keperluanTiadaUtusan Malaysia07.12.1995
Pengelasan ayat mengikut kegunaanSulaiman MasriUtusan Malaysia21.11.1995
123456

Kembali ke atas