Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.nap] | مڠينڤ

Definisi : menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.nap] | مڠينڤ

Definisi : menumpang tidur di rumah kawan (di hotel dll); bermalam: Ketika di Tokyo tempoh hari, kami ~ di sebuah hotel yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inap
Kata Terbitan : menginap, penginapan, penginap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah
Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul
Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain.

2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi
Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas
b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah
c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah
d) Tiada apa-apa berlaku
Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku.

3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?
Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja.
Tatabahasa06.11.2015
apakah kata dasar bagi menginap.Kata dasar ialah inap. Apabila kata inap diletakkan imbuhan meng-, maka kata ini akan menjadi menginap yang bermaksud  menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam;Makna01.06.2009
Betulkah soalan berikut: 1.Kebanyakkan peseta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM,Arau. 2.Program bacaan dinamik akan diadakan di dalam bulan Oktober. 3.Dia berambut kerinting. 4.Aidil yakin bahawa dia dapat memperdalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.Kebanyakan peserta SUKMA 2014 menginap di Kampus UiTM Arau.

2.Program bacaan dinamik akan diadakan pada bulan Oktober.

3.Dia berambut keriting.

4.Aidil yakin bahawa dia dapat mendalami ilmu perakaunan yang telah dipelajari ketika di sekolah.

Tatabahasa07.10.2014
1. Apa istilah yang sesuai bagi rumah yang lengkap dengan perabut dan diberi sewa sehari atau 2 hari kepada pelanggan yang hendak menginap atas tujuan untuk berehat,berkursus dan sebagainya . 2. Biasa orang guna istilah "Homestay" tetapi ada larangan dari pihak tertentu tentang penggunaan istilah tersebut. Homestay biasa digunakan rumah2 penginapan untuk pelancong.Padanan yang sesuai ialah rumah inap.Penyemakan dan penterjemahan09.08.2017
Salam sejahtera, apakah istilah BM yang sesuai untuk homestay?inap desa@ rumah inap desa @ pelancongan desa? Ayat yang ingin saya buat ialah 'Mereka menginap di (homestay)'. Terima kasih.Padanan bagi homestay ialah inap desa.Tatabahasa18.01.2013

Kembali ke atas