Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ngat] | مڠيڠت

Definisi : 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ngat] | مڠيڠت

Definisi : mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengingat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan dalam "mengingat kenangan lalu"?"mengingat kenangan lalu"

Tiada kesalahan daripada segi bahasa dalam frasa tersebut. Frasa tersebut juga boleh digantikan dengan "mengimbau kenangan lalu".

Terima kasih.
Tatabahasa13.11.2017
Apakah maksud frasa "Taksonomi Bloom" dalam aspek Mengingat dan Memahami ?Dalam istilah bidang Pendidikan, taksonomi Bloom bermaksud pengelasan objektif pendidikan yang dihasilkan oleh Bloom yang menunjukkan aras kognitif di peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Istilah16.07.2013
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan'

Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau;

Tatabahasa18.03.2010
Puan, Berkenaan perkataan "mengingati" dan "mengingatkan", adakah keuda-dua perkataan ini sama maksud atau penggunaannya? Sila jelaskan.Untuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 2. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Tatabahasa05.02.2013
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang

Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan.

Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang);

Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; 

Makna31.07.2009
memperingati , mengingati, memperingatkan , mengingatkan...apakah perbezaan yang khusus antara perkataan ini? terima kasihUntuk mengetahui perbezaan antara perkataan yang tersebut, lihat makna dan contoh penggunaannya seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Tatabahasa04.03.2011
Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasihPerkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. Makna04.10.2012
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih.Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud:
1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.”
2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya."

Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
Tatabahasa26.11.2019

Kembali ke atas