[me.ngis.lam.kan] | مڠيسلامکن
Definisi : 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngis.lam.kan] | مڠيسلامکن
Definisi : menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)