Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Peribahasa

Putih tulang dikandung tanah,
     budi yang baik dikenang juga.

Bermaksud :

Budi bahasa yang baik akan tetap dikenang orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMATIAN BAYI

Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan

bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum

mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar

kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang

meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu

bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini

mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota

masyarakat yang paling bergantung kepada orang

lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai

ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu

menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka,

membandingan kadar kematian bayi antara

negara atau komuniti yang berlainan ialah satu

cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu.

UMUM 
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL

Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia

pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan

ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat.

Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya

iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi

tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al-

Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada

zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy

dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang

ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan

ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam

bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir.

Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya

Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah

kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang

diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan

tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di

negeri Izaj berdekatan Asbahan.

UMUM 
PROBET

Probet. Apabila seseorang meninggal dunia,

wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk

membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan

mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan

mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan

harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai

mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan

wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa

wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat

probet secepat mungkin selepas kematian orang

yang membuat wasiat yang dikenali sebagai

pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan,

mahkamah biasanya akan mengeluarkan

pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang

sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika

wasiat itu tidak dibuat.

UMUM 
DIOCLETIAN

Diocletian, Maharaja Rom, lahir pada tahun

245 M dan meninggal dunia pada tahun 313 M.

Baginda membahagikan Empayar Rom kepada

empat bahagian yang dikenali sebagai prefecture.

UMUM 
PEMUJAAN NENEK MOYANGSuatu kepercayan yang melibatkan amalan-amalan tertentu yang dilakukan terhadap roh orang yang telah meninggal dunia dari kalangan saudara terdekat atau mereka yang rapat dengan si mati itu.AGAMAKepercayaan
TAYLOR, ZACHARY

Taylor, Zachary (1784–1850) ialah Presiden

Amerika Syarikat dari tahun 1849 hingga tahun

1850. Dia meninggal dunia pada 9 Julai 1850 setelah

hanya 16 bulan memegang jawatan. Taylor ialah

pemilik hamba abdi di Selatan tetapi dia tidak

menentang kemasukan California dan New Mexico

ke dalam kesatuan sebagai negeri bebas (bukan

hamba abdi).

UMUM 
ASHA'IRAH, AL-

Asha’irah, al- ialah pengikut aliran Abu al-

Hassan al-Asháriy ‘Ali ibn Isma’il ibn Ishaq

(meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia

mempunyai darah keturunan Abu Musa al-

Ash’ariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ash’ariy. Pada

mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat

Muktazilah.

UMUM 
SADAT, ANWAR AL-

Sadat, Anwar al- (1337–1402 H./1918–1981 M.)

ialah Presiden Republik Mesir bermula dari tahun

1970 sehingga meninggal dunia. Nama sebenarnya

ialah Muhammad Anwar al-Sadat. Dia lahir di

Mayyit Abu al-Kom, sebuah perkampungan di

Wilayah al-Manufiyah di Delta Sungai Nil. Dia

seorang siswazah Institut Ketenteraan Mesir pada

tahun 1938. Sadat bersama-sama dengan Abdul al-

Nasser dan tentera yang lain menyertai pertubuhan

rahsia yang dikenali sebagai Pertubuhan Tentera

Pembebasan. Pertubuhan ini bertujuan untuk

menumbangkan pemerintahan beraja yang tunduk

sepenuhnya kepada kuasa British dan ingin

membebaskan Mesir daripada penjajahan Britain

yang menguasai politik dan ekonomi. Sadat telah

dijatuhkan hukuman penjara kerana

penglibatannya yang aktif dalam aktiviti revolusi

pada tahun 1940-an. Pada tahun 1952, dia telah

memimpin gerakan revolusi yang telah

menumbangkan Raja Farouk. Setelah tamatnya

gerakan itu, Sadat memegang beberapa jawatan

penting dalam kerajaan.

Dia dilantik sebagai Ketua Dewan Rakyat dan

Ketua Editor Akhbar al-Jumhuriyyah. Seterusnya,

dia dilantik sebagai Naib Presiden Republik Arab

Mesir dari tahun 1964 hingga tahun 1967 dan

disambung semula pada tahun 1969 hingga tahun

1970.

UMUM 
MAHLER, GUSTAV

Mahler, Gustav (1860–1911) ialah penggubah

zaman romantik kelahiran Bohemia. Dia berhasil

menyiapkan sembilan buah simfoni tetapi

meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan

yang kesepuluh. Dia juga menggubah banyak lagu

yang diiringi oleh persembahan orkestra.

UMUM 
MADHAJIY, AMRU IBN MAYMUN AL-

Madhajiy, Amru ibn Maymun al-, ( ?–74 H./ ?–

694 M.) tokoh agama. Nama sebenarnya ialah ‘Amru

ibn Maymun (meninggal dunia pada tahun 74 H./

694 M.). Nama penuhnya ialah ‘Amru ibn Maymun,

Abu ‘Abdullah al-Awdiy al-Madhajiy. Dia sempat

hidup pada zaman Jahiliah dan memeluk Islam

pada zaman Nabi (SAW).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas