Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ju.lang] | منجولڠ

Definisi : 1. mengangkat ke atas: kapal itu sedang dijulang dan dihempas gelombang; 2. mendukung (anak dll) di atas bahu: setibanya sahaja di rumah, dia terus mengangkat dan ~ anaknya; 3. mem­bum­bung tinggi, meninggi: api dr rumah yg terbakar itu ~ sehingga ke puncak atapnya; 4. ki menjunjung tinggi, menyanjung, amat menghormati: Churchill seorang pemimpin yg dijulang tinggi oleh rakyat Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ju.lang] | منجولڠ

Definisi : 1 mengangkat ke atas; mengangkat (anak dll) di atas bahu: Orang-orang kampung telah ~ pemimpin mereka yg baru saja menang dlm pilihan raya itu. 2 membumbung tinggi; meninggi: Api dr rumah yg terbakar itu ~ ke angkasa. 3 ki menghormati; menyanjung tinggi: Dialah satu-satunya pemimpin Melayu yg dijulang oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
julang
Kata Terbitan : menjulang,

Puisi
 

Merokok tembakau Padang,
     Asap menjulang ke udara;
Tinggal adik tinggallah sayang,
     Abang ditempuh sengsara.


Lihat selanjutnya...(2)

Menganyam Kedukaan

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdfMenganyam Kedukaanoleh nada suara Jatan yang terasa begitu tinggi dan kasar. Tidak disangkanya Jatan akan bersikap sekasar itu terhadapnya. Dia menoleb ke arab ketapang yang ditunjukkan oleh Jatan. Pokok yang tinggi, menjulang itu memang telah dibiarkan tumbuh di tengah-tengah tanah Pak Sujang entah sejak bila. Sekilas, dia teringat sekurang-kurangnya sudah tiga kali dia ikut nyopuh lebah di pokok itu. Ya isteninya. Dadanya segera diserang sendat sebak yang mengganggu kelancaran per - nafasannya. Rosli kembali teningat mesyuarat terakhin yang diada- 148 MENGANYAM KEDUKAAN kannya di rumah Datuk Patinggi.Api semangat semua orang menjulang bagaikan lidah syaitan menguasai seorang bomoh. Semua orang kelihatan bagaikan dirasuk hantu, bagaikan kena sampuk atau dirasuk hantu gila. Berteriak dan memekik, memaki hamun penjajah durjana. Tua muda, lelaki perempuan D:\IndexDocument\indekMenganyamKedukaan\k_Menganyam_Kedukaan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekMenganyamKedukaan&HitCount=2&hits=44ee+8bfa+

Kembali ke atas