Apakah perkataan yang sesuai "depan" atau "hadapan" untuk ayat berikut: Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke air? Perlukah dimasukkan perkataan "dalam" sebelum perkataan "air"? Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke ______ air? | Kata "depan" dan "hadapan" sama maksudnya. Oleh itu, penggunaan mana-mana satu daripada perkataan tersebut adalah betul. Ayat yang betul ialah Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke dalam air. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'. | Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut: 1. declines - menurun (Pelaburan) 2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi) 3. descending order - susunan menurun (Ekonomi) 4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi) 5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan) Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun". | Istilah | 29.08.2012 |
Wau itu ____ ke dalam sungai setelah talinya tertputus. [ ] terjunam [ ] terjatuh. Kenapa skema jawapan adalah terjatuh, bukan terjunam | Perkataan "terjunam" merujuk kepada menjunam dengan kepala dahulu menghala ke bawah. Kalau sekadar wau atau layang-layang perkataan yang sesuai terjatuh. | Tatabahasa | 21.08.2015 |