Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mén.strua.si] | مينسترواسي

Definisi : (ménstruasi) (Ubat) keluarnya da­rah drpd rahim wanita yg tidak hamil (tetapi masih subur utk beranak), biasanya sekali se­bulan, datang haid (datang bulan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menstruasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tim penyelidik kami menjalankan kajian tentang 'period poverty' iaitu situasi di mana seseorang individu mempunyai kekurangan utk mendapatkan keperluan menstruasi. Contohnya, tidak cukup pad/tampon, tiada akses kpd pad/tampon atau tidak mampu membelinya. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti: a) malu utk ke sekolah semasa didatangi haid b) penggunaan yang tidak sanitasi (ulang guna, tidak menukar dengan kerap c)menggunakan bahan2 yg tidak sanitasi seperti sabut kelapa, surat khabar. Soalannya: Apakah translasi utk 'period poverty' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Cadangan padanan terjemahan bagi period poverty ialah kekangan produk menstruasi atau kekangan kelengkapan peribadi wanita.Lain-lain10.12.2020

Kembali ke atas