Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tua] | منتوا

Definisi : I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara kpd mentua; bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tua] | منتوا

Definisi : ; ~ pelanduk sj burung, pipit batu, Motacilla cinerea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tua] | منتوا

Definisi : ibu bapa kpd isteri atau suami sendiri. ~-taya saudara kpd mentua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentua


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARENA MENTUA

KARENA MENTUA, novel karya Nur Sutan Iskandar. Novel ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta, Indonesia pada tahun 1932.

SASTERAKarya
ADAT PERKAHWINAN MANDAILING

ADAT PERKAHWINAN MANDAILING, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mandailing di Sumatera, Indonesia. Perkahwinan di Mandailing ialah salah satu upacara adat paling besar yang disebut ‘horja godang’. Upacaranya memakan waktu yang lama dan biaya yang banyak. Ada tiga golongan utama terlibat secara langsung iaitu ‘kahanggi’ atau kaum kerabat seketurunan dengan pihak lelaki ayah ‘anak boru’, kelompok pihak lelaki yang mengambil anak gadis (keluarga/pihak mentua lelaki), dan ‘mora’, kelompok anak gadisnya telah diambil oleh pihak lelaki (keluarga/pihak mentua).

           

BUDAYAKonsep
PAWANG ANA

PAWANG ANA ( ? -? ), penglipur lara Melayu pada abad ke-19.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Pawang Ana berasal dari Perak.  Dia ialah bapa mentua Mir Hassan, juga seorang penglipur lara.  Cerita-cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana dikumpul pada akhir abad ke-19 oleh R.O. Winstedt, seorang pegawai tadbir British di Tanah Melayu.  Usaha pencatatan cerita-cerita ini dilakukan oleh Raja Haji Yahya dari Cendering, Perak.  Antara cerita yang dituturkan oleh Pawang Ana termasuklah Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal.

SASTERATokoh

Kembali ke atas