Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarah­an dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilaku­kan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.run] | منورون

Definisi : 1 landai ke bawah; lw mendaki: Jalan ke sawah itu agak ~. 2 pergi dr atas bukit ke bawah; pergi melalui lereng bukit dsb ke bawah. 3 beransur-ansur turun; menjadi kurang drpd biasa; menjadi reda (ttg kemarahan dll). 4 berpindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya. 5 kemasukan roh halus ke dlm tubuh badan sese­orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'.Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut:

1. declines - menurun (Pelaburan)
2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi)
3. descending order - susunan menurun (Ekonomi)
4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi)
5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan)

Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun".
Istilah29.08.2012
Tuan, Ayat: Apabila hendak belayar,anak kapal itu membongkar sauh selepas diarahkan oleh nakhoda kapal. Pilih perkataan berlawan bagi membongkar. Yang mana jawapannya : melabuh atau menurunJawapan yang tepat ialah melabuhkan.Tatabahasa16.02.2012
sesuai atau tidak sekiranya saya menggunakan perkataan 'pembakaran kerja' untuk ayat seperti yang diterjemahkan dari perkataan inggeris iaitu BURNOUT. Perkataan pembakaran kerja ianya melibatkan produktiviti kerja yang menurun, masalah kerja dari segi ketidakhadirin dan tekanan perasaan yang negatif. BURNOUT ini sering kali dikaitkan dalam bidang perubatan. Selain itu BURNOUT ini juga mempunyai tiga perkara asas iaitu keletihan emosi, dipersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi yang mana ketiga-tiga aspek ini terhasil daripada masalah tekanan kerja, Adakah terdapat istilah lain bagi menggantikan penggunaan 'pembakaran kerja' untuk istilah BURNOUT.Belum ada padanan bagi perkataan burnout, perkataan yang paling hampir bagi menerangkan konsep burnout dalam konteks yang tersebut ialah kehabisan tenaga.  Penyemakan dan penterjemahan10.05.2015
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Falls Somewhat Short"? Ayat ini digunakan dalam pemarkahan kaji selidik. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Seperti biasa, sila berikan konteks ayat atau lebih baik ayat penuh seperti pertanyaan-pertanyaan puan sebelum ini. Dalam buku Kamus Dewan, fall short membawa pengertian berkurang atau menurun; manakala somewhat membawa pengertian sangat-sangat atau agak. Daripada pengertian makna kamus (tanpa konteks ini) kami hanya boleh mencadangkan padanan seperti yang berikut:

1.     sangat-sangat berkurang

2.     sangat-sangat menurun

3.     agak berkurang

4.     agak menurun

Istilah06.05.2014
"Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai." Bolehkah saya tahu maksud "landai" dalam ayat ini? Terima kasih.Maksud perkataan landai dalam ayat di atas ialah berkurang atau menurun sedikit demi sedikit.Makna06.08.2021
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan OlenganSila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap.
Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu
Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan
Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki
Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit
Traction Control - Kawalan Cengkaman
Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler
Lane Departure Warning - Amaran Lencongan
Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur
Rollover Mitigation - Susutan Olengan
Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
"floor and ceiling effect" dalam bidang penyelidikan pendidikan, apakah istilah yg sesuai? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "floor and ceiling effect". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kesan menaik dan menurun.Istilah03.12.2013
1. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja”.Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 2. “Pertunjukan itu telah jatuh dengan teruknya”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis, malah cenderung menggunakan bahasa percakapan dalam binaan ayat. Cadangan kami ayat tersebut diubah menjadi, Mereka berpandangan persembahan itu boleh tahan dan Mutu persembahan itu semakin menurun.Tatabahasa05.01.2015
Saya ingin mengetahui penggunaan perkataan 'trend': i. Adakah 'trend turun naik' digunakan untuk semua jenis arah aliran? Contohnya; Tahun 2008 50% Tahun 2009 80% Tahun 2010 65% Ayat: Prestasi murid dalam peperiksaan menunjukkan trend turun naik. (Adakah ayat ini betul?) 2. Bolehkah saya menggunakan 'trend naik turun' untuk menggambarkan peratus pencapaian murid yang meningkat pada tahun 2009 jika dibandingkan dengan tahun 2008 dan menurun pada tahun berikutnya?Perkataan trend bermaksud arah aliran, yang menunjukkan perkembangan atau pergerakan dan tidak semestinya berlaku turun naik. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku turun naik dalam sesuatu trend itu, maka boleh digunakan trend turun naik.Istilah15.06.2012
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSRKami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my.Lain-lain28.01.2015

Kembali ke atas