‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.- 788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh;
dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana
kemasukannya ke Andalus dan seterusnya
mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama
penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn
Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di
Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia
telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman
golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas
kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan
orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman
bersembunyi dan berjaya menyusup keluar
hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu
pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya
sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu
al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya
daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar.
Ibunya berasal dari suku kaum ini.
Di sini dia telah menghubungi golongan
Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar
sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan
yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah
dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al-
Rahman.