APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENAR | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Xiuhao Lim Aug 18th, 2:33pm Hi bolehkah saya tanya hari kemerdekaan adalah nama khas atau nama am? Hari kemerdekaan patut tulis dlm huruf besar atau huruf kecil utk perkataan yg pertama. Begitulah dgn "merdeka" sebab sy nampak dlm buku teks anak sy darjah 1. Merdeka dituliskan dlm huruf besar utk perkataan yg pertama. contoh: Murid-murid melaungkan "Merdeka! Merdeka!" Terima kasih | Hari Kemerdekaan ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 18.08.2014 |
WAJARKAH PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM MALAYSIA DIPINGGIRKAN? SERTA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU PADA ZAMAN SEBELUM MERDEKA DAN SELEPAS MERDEKA. | Pada zaman sebelum merdeka, penjajah British kurang memberi perhatian kepada bahasa Melayu. Pihak British mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem persekolahan dan pentadbiran. Pada masa itu, bahasa Melayu hanya digunakan di sekolah vernakular Melayu. Namun demikian, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi utama yang digunakan secara meluas dalam pentadbiran, perdagangan dan persuratan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan untuk membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu memikul tanggungjawab sebagai bahasa pengantar utama di pusat pengajian tinggi. Perluasan penggunaan bahasa Melayu di universiti awam yang lain telah membuktikan banyak kejayaan yang telah ditempa. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu wajar diteruskan penggunaannya di institusi pengajian tinggi awam. | Lain-lain | 27.02.2008 |
Gabungkan ayat tunggal. 1)Mizi hendak ke Dataran Merdeka. Mizi tiada teman.(tetapi) JAWAPAN:a)Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi tiada teman. b)Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi (dia) tiada teman. ADAKAH KEDUA-DUA JAWAPAN BOLEH DITERIMA?? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi tiada teman". | Tatabahasa | 22.07.2014 |
Salam Merdeka, 1. Terjemahan 'Tweet Up Merdeka' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Terjemahan 'flyover' dalam bahasa Melayu, apa? Terima kasih. | 1. Untuk makluman puan, belum ada istilah khusus untuk "Tweet Up". Walau bagaimanapun, dalam konteks frasa yang diberikan, cadangan kami ialah Jom Twit Merdeka atau Ayuh Twit Merdeka. 2. Istilah bahasa Melayu untuk "flyover" ialah jejambat. | Istilah | 04.09.2012 |
Adakah 'Merdeka' (dieja dengan M besar) dianggap sebagai kata nama khas? (Yakni dalam konteks Malaysia sahaja di mana Merdeka pastinya merujuk pada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan merdeka yang dieja dengan m kecil merujuk kepada kebebasan insan/negara lain). | Tidak. Perkataan tersebut kata umum dan perlu dieja dengan huruf kecil. | Lain-lain | 23.11.2018 |
Assalam tuan, Saya ada satu kemusykilan yang mana lebih tepat penggunaan kata merdeka untuk ayat ini. Sambutan ambang merdeka atau ambang kemerdekaan? Terima kasih | Frasa "ambang merdeka" dan ambang "kemerdekaan", kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Ayat yang mana betul? 1. Kami telah berkelah di Pantai Merdeka pada minggu yang lepas. 2. Kami telah berkelah di Pantai Merdeka pada minggu lepas. | Ayat yang betul ialah Kami telah berkelah di Pantai Merdeka pada minggu lepas. | Tatabahasa | 09.01.2017 |
Festival Usahawan Merdeka 2014 | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan/perlu perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.07.2014 |
Kita telah merdeka lebih 50 tahun.Syukur Alhamdulillah.Kemusykilan saya ialah,kenapa kita masih mengaku bangsa yang berbagai,bukan bangsa Malaysia.Ada bangsa Melayu,bangsa India dan sebagainya,sedangkan kita adalah bangsa Malaysia.Borang pendaftaran pihak tuan sendiri masih menggunakan bangsa.Saya bangga,bersyukur dan insaf menjadi bangsa Malaysia,kaum/etnik Melayu. | Merujuk Kamus Dewan bangsa bermaksud jenis manusia daripada satu asal keturunan seperti Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin berbeza apabila kita berada pada peringkat global. Maka wajarlah kita menyebut kita adalah rakyat/bangsa Malaysia bagi melambangkan identiti kita sebagai satu bangsa yang bersatu di bawah nama Malaysia. Borang kami menggunakan bangsa untuk melengkapkan data bagi tujuan kajian kepenggunaan sistem perkhidmatan kami. | Makna | 21.02.2013 |