Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ré.ka] | مريک

Definisi : /meréka/ kata ganti nama diri ketiga (dlm bentuk jamak): ~ itu orang-orang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ré.ka] | مريک

Definisi : 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ré.ka] | مريک

Definisi : mergastua binatang-binatang hutan; binatang liar: Jabatan ~ jabatan yg mengendalikan (mengurus) hal-hal binatang hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,

Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada terbaca tentang penggunaan kata ganti nama 'mereka' dan 'mereka-mereka'. 'Mereka' merujuk kpd kumpulan orang manakala 'mereka-mereka' boleh juga digunakan apabila merujuk kepada lebih drpd satu kumpulan. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan hal ini. Terima kasih.Untuk makluman saudara, perkataan "mereka" telah membawa makna banyak atau ramai. Tidak perlu menggandakan perkataan "mereka" kerana dianggap lewah.Tatabahasa08.05.2013
Bolehkah mereka-mereka digunakan sekarang dalam ayat? Setahu saya mereka adalah penjodoh bilangan untuk majmuk Sila tuan dapat jelaskan. Terima kasih.Mereka-mereka tidak boleh digunakan dalam ayat kerana perkataan "mereka" telah membawa makna banyak atau ramai. Tidak perlu menggandakan perkataan "mereka" kerana dianggap lewah.Tatabahasa14.07.2015
Assalamualaikum warga bahasa dan budaya bangsa ! ....tumpang pencerahan.. semasa dibangku sekolah saya diajar bahawa perkataan 'MEREKA' adalah bermaksud ramai dan salah menggunakan "Mereka mereka" ... Saya rasa sakit telingga sekarang ramai orang yang bercakap "mereka mereka" Apa pandangan anda ?Salam, Mereka merupakan kata ganti nama diri ketiga (dalam bentuk jamak). Sepatutnya, tidak boleh digandakan perkataan tersebut kerana menyalahi hukum tatabahasa. Akan tetapi, perkataan tersebut sering digunakan dalam percakapan harian, terutamanya secara lisan dan hal itu di luar kawalan bidang kuasa kami untuk membuat sebarang tindakan.Tatabahasa12.11.2015
Salam, yang manakah yang benar "dikehendaki oleh mereka" atau "mereka kehendaki" ?Kedua-dua "dikehendaki oleh mereka" dan "mereka kehendaki" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa15.04.2013
Dalam media pengiklanan, kebiasaanya pengusaha - pengusaha memandang enteng akan kepentingan Bahasa Melayu dalam iklan komersial mereka. Mereka lebih mengutamakan nilai komersial dan keuntungan daripada menitikberatkan soal Bahasa Melayu itu sendiri. Saya telah ditugaskan untuk membentangkan tajuk ini pada hari khamis ini. Mohon kerjasama dari pihak tuan untuk membantu saya. Antara soalan yang ingin tuan kupaskan; 1) Tahap pencemaran Bahasa Melayu dalam iklan, sama ada dalam media elektronik mahupun media cetak. 2) Bahasa rojak dalam iklan. Adakah dibenarkan? 3) Pendapat pihak tuan sendiri mengenai isu ini. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Untuk menjawab pertanyaan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan rujukan yang pelbagai. Kami cadangkan saudara rujuk Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan perpustakaan lain di IPTA dan dapatkan kertas kerja seminar yang berkaitan. Untuk makluman, DBP pernah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak, Seminar Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Tempat Awam, Seminar Antarabangsa Linguistik dan pelbagai seminar lagi yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik.

Lain-lain10.10.2010
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki."Tatabahasa09.10.2013
Perkenalkan mereka pada/kepada orang yang mereka tidak dapat kenal sendiri.Perkenalkan mereka kepada orang yang mereka tidak dapat kenal sendiri.Tatabahasa28.03.2012
Penjelasan lebih lanjut tentang penggunaan kata ganti diri. 1. Adakah perkataan 'mereka' boleh digunakan untuk haiwan? 2. Adakah perkataan 'ia' boleh digunakan untuk haiwan? 3. 'Mereka' atau 'Mereka semua' yang sesuai untuk digunakan dalam ayat? Terima kasih

1.  “Mereka" ialah kata ganti diri manusia, tetapi tidak digunakan kepada haiwan.

2.  “Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh juga merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi "ia" tidak digunakan kepada haiwan.

3. “Mereka semua” boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan, bukan bilangan. Kesesuaian perkataan “mereka” dan “mereka semua” digunakan mengikut konteks ayat.
Tatabahasa29.08.2018
Tuan/Puan, Sila merujuk kepada ayat ini: "Empat orang yang hidup akan mati kerana makanan yang mereka makan." Adakah binaan "mereka makan" adalah betul dalam bahasa Melayu? Jika tidak, bolehkah Tuan/Puan mencadangkan binaan yang betul? Pada pendapat saya, binaan "dimakan mereka" sepatutnya digunakan kerana "mereka" ialah kata ganti diri ketiga. Terima kasih.Penggunaan frasa "mereka makan" boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.10.2013
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai?Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura.Tatabahasa26.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas