Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ti] | مستي

Definisi : 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya; semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: ke-padanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan; memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan; termesti dimestikan (diwajibkan); kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ti] | مستي

Definisi : 1 tidak boleh tidak; wajib: Saya ~ pergi hari ini juga. 2 pasti; tentu: Jika tidak disudahkan kerja ini, ~ tuan akan memarahi kita. memestikan 1 mewajibkan: Kerajaan ~ setiap rakyatnya memiliki kad pengenalan. 2 menentukan; menetapkan: Kami tidak dpt ~ berapa keuntungan yg diperoleh tiap-tiap bulan. kemestian 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. semestinya 1 spt yg diwajibkan; sewajibnya: Sudah ~ kita taat kpd ibu bapa. 2 spt yg patut; sememangnya: Orang yg kaya tidak ~ hidup bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,

Peribahasa

Kerbau menanduk,
     kerbau pergi.

Bermaksud :

Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.

 

Lihat selanjutnya...(11)

624

United we stand, devided we fall

Maksud atau kejayaan boleh dicapai selagi manusia bersatu hati, sebaliknya gagal jika bercerai-berai.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*

''All members have to close ranks in whatever situation. Don't let the enemies destroy our solidarity. Remember united we stand, devided we fall,'' urged the president of the left wing party.

''Seluruh anggota mesti bersatu dalam apa jua keadaan. Ingatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,'' seru presiden parti berhaluan kiri itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
brate[bÄA.tE]kata kerjamembuat sesuatu pekerjaan secara beramai-ramai, bergotong-royong, bersama-sama, berpakat.Krijo tu kalu buwak brate mesti cepak sudoh.[kÄi.dZ tu kA.lu bu.wA/ bÄA.tE m«s.ti tS«.pA/ su.dh]Kerja tu kalau dibuat bersama-sama mesti cepat siap.
tok joro[to/ dZ.č] tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat.Ore hok nok jadi tok joro, buke soro jah keno sedak, tapi keno tahu buwak banyok lagu.[.ÄE h/ n/ dZ:A.di to/ dZ.č bu.kE s.č dZAh k«.n s«.dA/ tA.pi k«.n tA.hu bu.wA/ bA.ø/ lA.gu]Orang yang nak jadi tukang karut dan tukang lagu dalam dikir barat bukan suara sahaja mesti lunak, tapi mesti pandai mencipta pelbagai lagu.
brambi[bÄAm.bi]kata kerjamelakukan sesuatu dengan berhati-hati, beringat-ingat.Kalu jale male, demo keno brambi.[kA.lu dZ:A.lE mA.lE dE.m k«.n bÄAm.bi]Kalau berjalan malam kamu mesti berhati-hati.
   2. membersihkan telaga (supaya airnya jernih).Tlago rumoh ambo keroh bena, ambo keno upoh ore ranya ni.[tlA.g Äu.mh Am.b k«.Äoh b«.nA Am.b k«.n u.ph .ÄE ÄA.øA ni]Telaga di rumah saya sangat keruh, saya mesti mengupah orang untuk membersihkannya.
leba pulok[l«.bA pu.lo/] seseorang lebai yang suka menerima jemputan kenduri hanya untuk makan.Diyo tu leba pulok, kalu ajok make wojik diyo gi.[di.j tu l«.bA pu.lo/ kA.lu A.dZ/ mA.kE w.dZi/ di.j gi]Dia tu lebai pulut, kalau ajak makan dia mesti pergi.

Kembali ke atas