1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. 1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas jalan di lintasan belang. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Kita mesti banyak minum air kerana cuaca panas. 2. Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas. Adakah kata kerja mesti diikuti dengan kata nama? Terima kasih jawapan pihak anda. | Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas". Berdasarkan contoh ayat yang diberikan kata kerja mestilah diikuti dengan kata nama. | Tatabahasa | 20.11.2019 |
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi juga | Perkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Ejaan | 01.03.2012 |
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa? | Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
apakah perbezaan antara PERLU dan MESTI | Merujuk Kamus Dewan bermaksud tidak boleh tidak atau wajib, dan mesti juga boleh membawa maksud pasti, tentu dan patut. Contoh ayatnya, 1. Saya mesti pergi hari ini juga dan 2. Orang yang kaya tidak semestinya hidup bahagia. Perlu pula ditakrifkan sebagai keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian (untuk mendapatkan sesuatu), dan perlu juga membawa maksud harus ada (diperoleh), berguna, mustahak dan penting. Contoh ayatnya, 1. Setiap borang permohonan perlu ditandatangani oleh pemohon, dan 2. Kerjasama petani-petani adalah perlu untuk menjayakan rancangan tersebut. Kedua-dua kata tersebut membawa banyak makna, ada makna dalam kedua-dua kata tersebut sukar untuk dibezakan penggunaannya(seperti contoh ayat pertama tiap-tiap kata) dan makna yang boleh dibezakan penggunaannya (seperti contoh ayat kedua). | Makna | 11.01.2011 |
Adakah ayat ini betul ? Jika salah tolong betulkan. 1. Kita mesti rajin. Contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. 2. Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Ayat yang betul ialah: Kita mesti rajin, contohnya menolong ibu menyapu sampah dan mencuci pinggan mangkuk. | Tatabahasa | 16.07.2014 |
Justeru mesti digunakan bersama itu atau boleh digunakan tanpa itu? | Penggunaan yang lebih tepat ialah justeru. | Tatabahasa | 02.03.2016 |
Manusia mesti sayang air kerana tidak air semua orang akan mati. Ayat ini betul? | Ayat ini kurang tepat dan berbunyi janggal. Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi "Manusia harus menghargai air kerana tanpa air manusia akan mati. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
kita mesti menuruti piawaian BMI untuk menjamin kesihatan kita. Ayat ini betul? | Perkataan menuruti tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah mematuhi. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan makna. | Tatabahasa | 27.07.2013 |
1. Kita mesti membuang sampah ( ke / di ) dalam tong sampah. 2. Berpeluh-peluh Ali menolak motosikalnya yang rosak ketika ( mendaki / mengharung ) bukit yang tinggi itu. Apakah jawapan yang paling betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih. | Saudara Gina, jawapan yang betul ialah i. ke dalam tong sampah ii. mendaki bukit | Tatabahasa | 27.05.2010 |