base pair rules | hukum pasangan bes | Sains Forensik | Tiada | Hukum yang menyatakan bahawa bes adenina mesti berpasangan dengan timina dan bes guanina mesti berpasangan dengan sitosina dalam bebenang dua DNA. Dalam bebenang dua RNA pula, bes adenina mesti berpasangan dengan urasil. Dalam penaksiran DNA forensik, hukum ini membawa maksud bahawa jika jujukan nukleotida satu bebenang DNA dapat dibaca, kesimpulan jujukan nukleotida bagi bebenang pelengkapnya akan dapat dibuat. |
Chargaff�s rule | peraturan Chargaff | Biologi | Genetik | Peraturan yang mengatakan bahawa dalam DNA sesuatu spesies, bes adenina mesti sama banyak dengan bes timina dan bes guanina mesti sama banyak dengan bes sitosina. Pada masa yang sama, jumlah (A + G) mesti sama banyak dengan jumlah (T + C). |
governmental intervention | campur tangan kerajaan | Pentadbiran | Tiada | Tindakan pemerintah bagi mengawal perjalanan mahupun keputusan dalam pengurusan pihak persendirian dan swasta. Campur tangan ini boleh bersifat penetapan syarat yang mesti diikuti, sempadan yang mesti dipatuhi, pemeriksaan terhadap barangan dan keluaran. Campur tangan kerajaan biasanya dilakukan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara namun secara tidak langsung boleh menggugat kreativiti, kebebasan dan pasaran. Campur tangan kerajaan juga boleh dilihat dengan jelas dalam transaksi ekonomi, penetapan harga barang, pembinaan infrastruktur, pelaksanaan kursus di universiti, perkembangan bahasa, alam sekitar, budaya, hiburan, kesihatan, pembangunan industri dan kebebasan berpolitik. Dalam banyak kes, campur tangan kerajaan tidak digemari oleh pihak yang berkenaan seperti pihak swasta yang menjalankan perniagaan sama ada perkilangan, pendidikan, hospital atau klinik, media, perdagangan import eksport dan sebagainya. Kegagalan mematuhi penetapan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Contoh ca |
mandatory bargaining | tawar-menawar wajib | Pentadbiran | Tiada | Rundingan yang mesti dilakukan terhadap perkara-perkara tertentu tetapi mesti dilakukan dengan niat baik. |
short selling | jualan singkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penjualan sekuriti yang tidak dimiliki yang mesti dipinjam untuk tujuan penyerahan kepada pembeli yang kemudiannya mesti diganti semula dengan membelinya di pasaran. Tindakan penjualan ini diambil kerana pelabur menjangka harga pasaran akan turun. |
Bud selection | Pemilihan mata tunas | Pertanian | Agronomi | Prosedur yang perlu dilakukan sebelum membuat cantuman mata tunas. Mata tunas pada pokok yang hendak dibiakkan mesti dipilih daripada batang yang sama peringkat perkembangannya dengan pokok penanti. Sekiranya pokok penanti mempunyai kulit matang berwarna perang, maka mata tunas mesti daripada cabang matang. Sebaliknya, sekiranya pokok penanti berbatang hijau, mata tunas mesti dipilih daripada cabang yang masih hijau. Selain itu, mata tunas yang dipilih mesti berada dalam keadaan rehat dan belum aktif. |
insurable risk | risiko boleh insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |
Ig. Insurable risk | risiko boleh insurans | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan berikut: 1. Boleh ditakrifkan. 2. Mesti terjadi dengan tidak sengaja. 3. Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured. 4. Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian dibuat. 5. Tidak berbentuk malapetaka. 6. Kos insurans munasabah yang boleh ditentukan. 7. Kemungkinan berlakunya kerugian boleh dianggar. |
mortgage debt | hutang dicagar | Ekonomi | Ekonomi Islam | Hutang yang diterima oleh penggadai daripada pegadai. Penggadai perlu menyerahkan barang gadaian sebagai cagaran untuk jaminan hutang tersebut. Hutang berkenaan mesti dinyatakan jumlahnya dan tarikh bayaran semula. Barang gadaian pula mesti diketahui jenis dan nilainya. Hutang tersebut mestilah hutang yang telah disabit dari segi hukum syarak. |
grant | geran | Pentadbiran | Tiada | Peruntukan kewangan atau bantuan material yang diberikan kepada individu atau kumpulan sama ada sebagai hak, hadiah, perbelanjaan untuk sesuatu projek yang mesti dilaksanakan atau semata-mata kerana penghormatan terhadap pihak tersebut. Ia boleh diberi secara sekali gus mahupun secara beransur-ansur. Geran ini boleh bersifat pemberian percuma seperti hadiah atau penghargaan hasil dari kejayaan seseorang atau biasiswa kepada golongan miskin yang layak menerimanya dan boleh juga bersifat kontraktual seperti terikat dengan sesuatu projek yang mesti dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dengan hasil yang memuaskan. Contohnya geran penyelidikan kepada ahli akademik untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan yang mesti diakhiri dengan laporan penyelidikan yang memuaskan pihak universiti dan geran wajib kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri setiap tahun melalui Majlis Kewangan Negara. Sinonim sumbangan, bantuan. |