perinatal | perinatal | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan tempoh beberapa minggu, biasanya empat minggu sebelum dan selepas kelahiran bayi. |
weekend warrior | wira hujung minggu | Umum | Tiada | Seseorang yang memanfaatkan waktu hujung minggu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar setelah bekerja sepanjang minggu di pejabat. |
weekly meeting | mesyuarat mingguan | Komunikasi | Korporat | Perjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap minggu. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam minggu tersebut. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, perjumpaan mingguan diadakan bertujuan untuk memantau prestasi sesuatu program perhubungan awam. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada minggu seterusnya. Perjumpaan ini dihadiri oleh pihak yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan. |
trimester | trimester | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Satu tempoh masa yang mewakili satu per tiga dari tempoh kehamilan, iaitu antara 13 hingga 14 minggu. Tempoh kehamilan yang normal ialah 40 minggu, dikira dari hari pertama wanita mengalami menstruasi terakhir. Keperluan nutrien bagi wanita mengandung, seperti zat besi dan tenaga akan meningkat apabila meningkatnya trimester. |
neonate | neonat | Perubatan | Tiada | Bayi yang berumur kurang daripada 4 minggu. Sin: bayi baru lahir. |
foetus | fetus | Kejururawatan | Tiada | Janin pada peringkat pascaembrio bermula dari minggu kesembilan sehingga kelahiran. |
pregnancy | kehamilan | Perubatan | Tiada | Keadaan mengandung anak, yang biasanya mencakupi tempoh 40 minggu pada manusia. |
recrudescence | rekrudesens | Perubatan | Tiada | Kemunculan semula sesuatu penyakit setelah beberapa hari atau minggu pesakit tersebut kelihatan sembuh. Dalam bidang parasitologi, istilah ini khususnya merujuk pada kemunculan gejala malaria falsiparum. Lihat juga relaps. Sin: bentan |
neonatal mortality | mortaliti neonat | Perubatan | Tiada | Kadar kematian bayi yang berumur sebelum empat minggu. |
puerperal psychosis | psikosis puerperal | Perubatan | Psikiatri | Gangguan mental yang berlaku dalam tempoh enam minggu selepas bersalin. |