Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata minyak;

Puisi
 

Lumur minyak di kepala botak,
     Lagi baik minyak bijan;
Manakah gading yang tidak retak,
     Di manakah bumi tak timpa hujan.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Rasam air ke air,
     rasam minyak ke minyak.

Bermaksud :

Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rasam air ke air, rasam minyak ke minyak.Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minyak kita juga yang digorengkan.Berbuat budi atau kebaktian kepada seseorang dengan belanja orang itu sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minyak habis sambal tak enak.Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minyak duyung perendang duyung.Menghabiskan harta tuannya (= ibu bapanya) sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus.Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ekor anjing berapa pun diulurut [akan dia] tiada juga betul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memasukkan minyak tanah.Menghasut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang.Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. selang = pinjam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pelita kehabisan minyak.Berwajah muram kerana kedukacitaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas