mission statement | penyataan misi | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tunggak perjuangan yang menjadi pegangan dan garis panduan kepada semua aktiviti, halatuju dan dasar sesebuah organisasi atau kelompok. Misi ini dinyatakan di dalam perlembagaan, kenyataan rasmi, piagam atau slogan dan terdapat juga misi yang tidak dinyatakan secara jelas. Asas perjuangan ini biasanya dinyatakan dengan tujuan yang baik seperti untuk memelihara alam sekitar, menghapus kemiskinan, menyelamatkan nyawa dari bencana alam, menghapuskan jenayah atau rasuah dan meningkatkan ekonomi negara atau komuniti tertentu. |
mission constraint | kekangan misi | Aeroangkasa | Tiada | Faktor yang mengehadkan misi sesebuah pesawat. |
mission sequence | urutan misi | Aeroangkasa | Tiada | Urutan aktiviti bagi sesuatu misi. |
mission life | hayat misi | Aeroangkasa | Tiada | Masa yang dirancangkan bagi sesuatu misi. |
mission timeline | garis masa misi | Aeroangkasa | Tiada | Perancangan terperinci yang mendefinisikan semua aktiviti bagi sesuatu misi. |
mission control | kawalan misi | Aeroangkasa | Tiada | Aktiviti yang dijalankan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu pelancaran atau misi angkasa. |
administrative mission | misi pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tugas khusus atau sasaran kerja dalam pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada individu atau kumpulan individu atau organisasi untuk di capai dalam satu tempoh jangkamasa tertentu. Setiap organisasi mempunyai misi pentadbiran yang berbeza-beza bergantung kepada asas dan fungsi organisasi tersebut. Segala perancangan, tindakan dan perjalanan organisasi mestilah berpandukan kepada misi yang telah ditetapkan. Misalnya sesebuah organisasi yang mahu mendapatkan Sijil MS ISO 9001:2000 mestilah membuat perancangan, tindakan terperinci dan melaksanakan langkah-langkah tertentu ke arah mendapatkan pengiktirafatn tersebut. |
mission requirements documents | dokumen keperluan misi | Aeroangkasa | Tiada | Senarai aktiviti angkasawan, uji kaji atau komunikasi yang diperlukan bagi sesuatu misi angkasa. |
diplomatic relations | hubungan diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hubungan yang terjalin dengan persetujuan bersama antara dua buah negara. Misi diplomatik sesebuah negara (negara pengirim) ke negara lain (negara penerima) selalunya diketuai oleh seorang ketua misi (biasanya duta) dan anggota-anggota misi yang lain. Tujuan utama hubungan ini adalah untuk menggalakkan hubungan baik antara dua negara dalam pelbagai perkara, seperti menjaga kepentingan negara dan menyelesaikan persengketaan. Undang-undang hubungan diplomatik merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. |
mission statement | penyataan misi | Pengurusan | Perancangan | Penyataan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan organisasi tentang cara perjalanan pentadbiran dan gerak kerja sesebuah organisasi, yang boleh menjurus kepada pencapaian matlamat dan visi organisasi. Skop penyataan misi merangkumi falsafah organisasi, kepentingan pelanggan dan menjadi garis panduan dalam menentukan objektif organisasi tersebut. |